Siapa yang tak kenal dengan selebriti dari keluarga jutawan iaitu Paris Hilton atau nama sebenarnya Paris Whitney Hilton.
Paris Hilton merupakan seorang penyanyi, pelakon dan model di Amerika Syarikat dan wanita ini amat terkenal sebagai jutawan kerana dia merupakan salah seorang pewaris Hotel Hilton.
Ini ada satu kisah tentang Paris Hilton dan juga pelakon Malaysia iaitu Elfira Loy.
Elfira loy telah berkongsi bahawa Paris Hilton telah menulis komen di ruangan gambarnya. Siapa yang sangkakan artis antarabangsa dan amat popular seperti Paris Hilton akan menulis komen di ruang Ig nya. Memang langsung tak sangka.
Semalam, pelakon Elfira Loy telah berkongsi satu gambar di Instagram miliknya dan tanpa diduga tiba-tiba Paris Hilton dengan akaun yang original, telah meninggalkan komen pada foto tersebut.
Tulisan Paris Hilton hanyalah satu patah perkataan sahaja dan ianya sudah cukup membuatkan pelakon genit ini teruja.
“Gorgeous” Itulah komen dari Paris Hilton pada gambar Elfira Loy.
Rata-rata peminat turut teruja dengan komen tersebut dan Elfira turut berkongsi rasa excited beliau pada IG story miliknya.
Sumber: IG ELFIRA LOY