“Apa Yang Dilakukan Itu Tidak Boleh Dimaafkan” – Luahan Ibu Yang Masih Merindui Adib

Apabila anak yang disayangi dan dijaga dengan baik sejak kecil telah pergi buat selamanya secara tiba-tiba, memang remuknya hati seorang ibu. Apatah lagi, anak meninggal dunia akibat kekejaman mereka yang tidak berperikemanusiaan.

Ibu Muhammad Adib ketika ditemui wartawan, meluahkan rasa hatinya yang mahu mereka yang terlibat dengan kes pukul Adib sehingga meninggal dunia untuk dibawa ke muka pengadilan.

Dia juga mahu melihat sendiri wajah individu yang tergamak meragut nyawa ketika anaknya itu sedang bertugas untuk negara.

Ibu Adib, Asma Aziz berkata sedemikian ketika ditemui di Kampung Tebengau Tepi Laut, Alor Setar.

“Saya nak tengok muka orang yang sanggup buat macam itu… sampai bunuh anak saya.

“Saya nak depa (mereka) dibawa ke muka pengadilan. Apa yang dilakukan itu tidak boleh dimaafkan.

Tambahnya lagi, dia berharap supaya semua pesalah dibawa ke muka pengadilan dan kematian anaknya dapat dibela dengan seadil-adilnya.

Menghargai keprihatinan yang diberi ramai pihak, ibu turut melahirkan rasa terima kasih kepada semua.

“Rasa berterima kasihlah namun sampai sekarang saya tak boleh tengok berita mengenai Adib (di laman sosial)… saya tak sanggup lagi.

“Kalau cuti dua haripun arwah akan pulang ke rumah menaiki keretapi atau bas sebab arwah memang rapat dengan keluarga.

“Kalau musim menanam padi tiba, arwah akan menghubungi bapanya untuk mengambil cuti dan membantu di sawah.

Dalam keadaan sebak, ibu Allahyarham mendedahkan anaknya itu amat rapat dengan keluarga malah akan pulang ke kampung untuk membantu mengerjakan sawah setiap kali musim menanam padi tiba.

Mengakui tidak dapat tidur malam kerana merindui Muhammad Adib, ibu masih tidak tahu sama ada mahu menukar majlis perkahwinan kepada kenduri tahlil memandangkan masih terlalu bersedih.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here