Apa nak jadi! Nia Ramadhani dikecam tak tutup aurat, suami berseluar pendek ziarah kubur bapa

Nampaknya niat pelakon Nia Ramadhani untuk berkongsi momen menziarahi kubur bapa mendapat kecaman. Pelakon popular negara jiran ini memuat naik foto bersama keluarga menziarahi kubur arwah bapanya dan ianya lantas menjadi perbualan netizen.

Ini adalah kerana Nia Ramadhani tidak mengenakan tudung dan memakai seluar jeans, langsung tak menutuop aurat.

Membuat lebih ramai kecewa adalah apabila suaminya Ardi Bakrie pula hanya memakai seluar pendek, atas lutut lantas juga tak menutup aurat.

Nia Ramadhani memuatnaik dua gambar bersama keluarga di kubur ayahnya itu.

Ini tulis Nia: “Assalamualaikum Papa”

Gara-gara perkongsiannya itu, netizen meninggalkan komen dan mengkritik cara pemakaian Nia dan suami ketika berada di tanah perkuburan.

Malah, foto tersebut turut mengundang perbalahan dan perang komen sesama follower yang berbicara tentang adab ketika berada di kawasan perkuburan.

Walaupun begitu, masih ada pengikut yang memberikan kata-kata semangat kepada Nia dan mendoakan kesejahteraan buat arwah bapanya.

Ini antara komen netizen:

“Semoga arwah dilapangkan dan diterangi kuburnya menjadi penghuni syurga-Mu Ya Allah,”

“Dateng, tabur kembang, foto2, abis itu pulang. Sejak kapan orang ziarah pake celana pendek? Kaya harta miskin akhlak!!”

“Apakah kalian yakin, beliau yg ada di dalam kubur akan senang dengan kedatangan kalian, sedangkan kalian datang menziarahinya dengan membuka aurat! Ya Muhammad, inikah ummat yg engkau katakan, ummat di akhir zaman!”

Sumber: Ig Nia Ramadhani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here