“Apa ke zaman Elite saya awak sembangkan?” Abby Abadi komen balas video Caprice

Kecoh juga apabila Blackpink buat konsert selama dua hari di Shah Alam Selangor.

Memang ramai peminat mereka yang datang dan dianggarkan lebih dari 16,000 peminat membanjiri stadium Malawati Shah Alam bagi menonton konsert Blackpink.

Kes konsert ini mula hangat dibicarakan apabila ia mendapat reaksi dari pelakon, Abby Abadi yang menyuarakan pandangannya tentang konsert tersebut.

Abby Abadi kata baginya kumpulan berkenaan tampil dengan imej yang agak terdedah akan tetapi tak ada bantahan dari mana-mana pihak seperti penyanyi antarabangsa lain sebelum ini.

Kerana hal itu, Abby Abadi teruk dikecam segelintir netizen malah turut mengaitkan imejnya suatu ketika dahulu bersama kumpulan Elite.

KOMEN CAPRICE

Seperti biasa, apabila ada topik yang hangat diperkatakan, penyanyi rap Caprice turut menyuarakan pandangannya tentang komen Abby kepada kumpulan Blacpink.

Kata Caprice, semua orang akan berubah dan memerlukan masa untuk menjadi lebih baik.

Berkaitan dengan imej pakaian pula, Caprice turut memberitahu bahawa Abby dan kumpulan Elite juga pada suatu ketika dahulu pernah berpakaian seksi dan kini sudah berubah. Kenyataan Caprice itu juga merujuk kepada perubahan yang bakal dialami oleh kelompok peminat fanatik kumpulan Blackpink.

Ini komen Caprice: “Eventually, we all move on. Eventually we will all improve… and eventually, all of us will have to return to Him.

RESPON ABBY ABADI KEPADA CAPRICE

Abby Abadi kemudian dilihat memberi respon balas kepada Caprice menerusi satu posting di Instagram.

Pelakon ini meluahkan rasa terkilannya tentang kenyataan Caprice itu. Jelas Abby, merujuk kepada kenyataannya sebelum ini dia hanya mempersoalkan garis panduan artis luar negara untuk membuat persembahan di Malaysia dan bukanlah mahu mempertikaikan penganjuran konsert tersebut.

Ini komen Abby Abadi:

Apo @capriceofficial. Terima Kasih utk video ni.. rajin nau nk ulas semua isu ye.., tp sy nak bgtau yg isu sy yg awak ulas sampai buat video ni lari dari apa yg sy cuba sampaikan bro… Baca dulu caption Sy yg sebelum ni ye & fahamkan betul2. Yg Sy ‘highlight’kan tentang double standard, ketidaksamaan garis panduan utk mereka ni dgn artis luar negara lain yg dtg buat konsert ke Malaysia. Artis lain dikenakan syarat begitu & begini. Disuruh berpakaian sopan walaupun mereka bukan ISLAM. Tiba2 Blackpink buat konsert/atas stage mcm separuh bogel, buleh pulak.. Apa ke zaman Elite Sy juga yg awak sembangkan?

Pasal tertinggal bas tu, serius mmg Sy taktahu pasal Black Pink ni. Sebab tu Sy tanya mcm tu. Memandai kaitkan dgn hal lain tu dah kenapa?

Ps: Hebat dah dakwahnya tp jangan rajin sangat ulas/condem semua isu mcm awk je yg tahu semua benda k. Salam Perkenalan. Take care. Fi Hifzillah. Bang bang!

View this post on Instagram

Apo @capriceofficial … ? . Terima Kasih utk video ni.. rajin nau nk ulas semua isu ye.., tp Sy nak bgtau yg isu Sy yg awak ulas sampai buat video ni lari dari apa yg Sy cuba sampaikan bro… Baca dulu caption Sy yg sebelum ni ye & fahamkan betul2. Yg Sy ‘highlight’kan tentang double standard, ketidaksamaan garis panduan utk mereka ni dgn artis luar negara lain yg dtg buat konsert ke Malaysia. Artis lain dikenakan syarat begitu & begini. Disuruh berpakaian sopan walaupun mereka bukan ISLAM. Tiba2 Blackpink buat konsert/atas stage mcm separuh bogel, buleh pulak.. Apa ke zaman Elite Sy juga yg awak sembangkan? ? . Pasal tertinggal bas tu, serius mmg Sy taktahu pasal Black Pink ni. Sebab tu Sy tanya mcm tu. Memandai kaitkan dgn hal lain tu dah kenapa? . Ps: Hebat dah dakwahnya tp jangan rajin sangat ulas/condem semua isu mcm awk je yg tahu semua benda k. Salam Perkenalan. Take care. Fi Hifzillah. Bang bang!

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Itulah respon balas dari Abby Abadi kepada Caprice

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here