Antara Kes Cerai Termahal Di Dunia, Bekas Isteri Pemilik Amazon Serahkan 75% Saham.. Dapat RM143 Bilion

Kalau korang ikut kisah semasa, pasti kenal dengan lelaki terkaya di dunia saat ini iaitu Jeff Bezos dengan nilai kekayaan peribadi $131 billion dan menjadi orang terkaya dengan mengenetepikan Warren Buffet yang sebelum ini menguasai tempat teratas.

Ketika nama sedang naik, Jeff Bezos sudahpun berkahwin dengan isteri bernama MacKenzie Tuttle. Pasangan ini kahwin sejak tahun 1993 dam akhirnya bercerai pada tahun 2019.

Bekas isteri Jeff Bezos, MacKenzie Tuttle dilahirkan di San Francisco dan seorang yang bijak dan merupakan graduan dari Princeton University.

Kemahiran menulis MacKenzie dikagumi oleh guru beliau iaitu Toni Morrison. Siapa sangka wanita terkaya ini merupakan seorang penulis novel hebat yang pernah menang Anugerah Buku di USA.

Tentang kisah mereka, Mackenzie bersua dan jatuh cinta dengan Jeff Bezos ketika bekerja bersama di sebuah hedge fund terletak di New York.

Mereka kemudian berpindah ke Seattle, Washington untuk membina kehidupan yang lebih baik. Sepanjang perkahwinan mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Kini, mereka telah bercerai secara rasmi kerana Jeff Bezos dikatakan mempunyai skandal bersama wanita lain. Kelmarin, proses penceraian itu telah pun berjaya diselesaikan dengan baik dimana mereka bersetuju memberikan MacKenzie Tuttle harta sebanyak $35 bilion (RM143.15 bilion) seterusnya menjadikan beliau salah seorang wanita terkaya dunia.

Lebih mengagumkan, MacKenzie Tuttle tampil professional dengan kenyataan beliau memberikan semua kuasa eksekutif dalam syarikat Washington Post dan juga Blue Origin kepada bekas suaminya.

MacKenzie bersetuju memberikan 75% pegangan saham bersama dan kuasa undi kepada Jeff Bezos untuk mengawal selia Amazon yang kini berada di tahap yang sangat baik.

Kata waniya ini, dia sangat gembira dengan keputusan yang diambil itu dan akui Amazon sangat memerlukan Bezos sebagai ketua. Sudah pasti tiada yang lebih layak dari diri Bezos itu sendiri.

Selepas penceraian ini berlaku, nilai saham Amazon untuk Bezos bernilai $107.4 billion manakala MacKenzie bernilai $35.6 billion.

Itulah kisahnya kes cerai orang billionaire.

Sumber: Vocket

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here