Angka Kematian COVID19 Di Malaysia Mencecah 15 Orang.. 24 Mac 2020

Menerusi laman sosial twitter, KKM PUTRAJAYA memaklumkan kematian di negara kita meningkat kepada 15 orang, setakat ini.

Kes kematian ke-15 ini merupakan kes ke-1519, lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka. Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes positif COVID19 (kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling.

Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here