Anak Turut Menyaksikan Kejadian Itu

Seorang guru wanita yang sedang mengandung 9 bulan telah cedera apabila dia telah ditikam oleh suaminya sendiri. Kejadian tersebut berlaku  di Putrajaya pagi semalam.

Dikatakan dalam kejadian lebih kurang pukul 9.50 pagi, wanita malang yang berumur 35 tahun dengan nekad memandu keretanya  sendiri dari rumahnya di Presint 9 dengan keadaan cedera bagi meyelamatkan diri dan rawatan di Hospital Putrajaya.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan, ibu kepada dua orang anak itu mengalami pendarahan luka hirisan di jari kiri, lengan kanan, dua kesan hirisan di perut serta luka di belakang kanan badan.

Guru tersebut juga mengadu sakit di bahagian perut serta bimbang dengan keadaan anak yang dikandungnya sebelum manhsa dirujuk ke Jabatan Obstetric dan Ginekologi serta Ortopedik untuk rawatan susulan.

Dilaporkan juga bahawa guru malang tersebut telah selamat melahrikan seorang bayi lelaki secara pembedahan. Suami kepada wanita tersebut juga yang merupakan seorang jurutera telah ditahan dirumah mereka semalam.

Pihak polis juga turut merampas senjata yang digunakan iaitu pisau yang digunakan semasa mencederakan isterinya. Siasatan menunjukan bahawa suami mangsa tidak pernah mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

Jurutera berusia 39 tahun itu juga telah ditahan reman sehingga jumaat ini untuk siasatan lanjut oleh pihak polis.

Manakala mangsa juga turut meluahkan dan mendedahkan apa sebenarnya yang terjadi terhadap dirinya:

Suami saya mengalami masalah kemurungan kerana tekanan kerja dan keperluan untuk menguruskan masa bagi menghantar dan mengambil anak di sekolah.

Suami saya memang mengambil ubat kemurungan kerana tekanan kerja, saya tidak jangka dia akan bertindak sebegitu semalam kerana ini kali pertama dia berkelakuan begitu.

Dia tidak pernah berkasar dengan saya, dan selepas tindakannya itu saya nekad keluar dari rumah dan memandu sendiri kenderaan menuju ke hospital dalam keadaan cedera.

Saya bersyukur bayi saya selamat dilahirkan dan dalam keadaan sihat.

Semoga kes ini akan selesai dengan adil buat wanita dan juga ibu yang menjadi mangsa suami sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here