Dunia seni hiburan tanah air kecoh seketika apabila mengetahui berita mengenai seorang penyanyi putih melepak Adira Suhaimi yang dikatakan sudah nekad mahu bercerai dengan suaminya.
Suaminya yang popular dikalangan netizen, seorang usahawan yang lebih dikenali sebagai Dato Red baru-baru ini dilihat memuat naik sekeping foto dia bersama anak sulung perempuannya.
Menurut kapsyen di foto tersebut dia memberitahu bahawa anak perempuanya itu juga turut memfailkan permohonan cerai di mahkamah.
Difahamkan bahawa anaknya Aziera yang baru berusia 20 tahun telah memfailkan penceraian selepas setahun dalam alam perkahwinan.
Menurut Dato Red kes dia bersama isteri keduanya iaitu Adira masih lagi belum selesai dan kini dia diuji lagi dengan berita penceraian anaknya pula.
Komen dari Dato Red atas ujian yang menimpa dirinya:
“Mereka (anak dan menantu) pun nak bercerai, Allah duga saya sangat kuat. Anak saya baru 20 tahun dan usia perkahwinannya juga baru masuk setahun”.
“Pada saya, ini semua akibat saya alpa dengan kehidupan dunia… Inilah balasannya,”
“Dia jenis berahsia, dari dulu dia hidup sendiri. Itu yang saya kasihan dengan nasib dia. Anak saya ini, kalau dia tak susah dia memang tak akan hubungi saya. Namun dia juga rapat dengan Datin Red,”
Menurut Dato Red lagi, Aziera merupakan anak sulung perempuannya hasil daripada pernikahan pertamanya semasa umur 20tahu lalu yang hanya bertahan lima tahun.
Dato Red juga merasa sedih dengan dugaan yang menimpa anaknya itu tambahan pula Aziera juga merupakan seorang perahsia. Jelasnya lagi, hubungan Aziera dengan isterinya iaitu Datin Red sangat rapat.
Semoga ujian yang dihadapi oleh keluarga ini dapat diharungi dengan sabar dan tabah dalam segala dugaan.