“Anak dara pun kenalah jaga solat kalau nak bakal suami jaga solat” Setepek kena dengan Mira Filzah

Pelakon cantik dan manis iaitu Mira Filzah telah memberi nasihat yang amat bernas buat gadis di luar sana.

Mira Filzah memang mengaku bahawa dirinya tidak lah sesempurna mana tetapi dia berkata dirinya sentiasa cuba untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari bermula dengan niat, hati dan usaha.

Selebriti popular berumur 25 tahun ini berkata, sekiranya seseorang inginkan yang terbaik, diri mereka juga harus buat perkara yang sama.

Dalam hal ini, Mira Filzah berkata memang idaman setiap gadis dan wanita untuk dapat suami yang menjaga solat, oleh itu, gadis itu juga perlu menjaga solat juga.

Ini komen Mira Filzah:

“Saya mungkin tidak sempurna, tapi saya sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik hari demi hari. Insya-Allah.

“Semua bermula dengan niat, hati, dan usaha. Dan anak dara pun kenalah jaga solat kalau nak bakal suami jaga solat kan?”

Mira FIlzah menulis komen berkenaan di laman IG insta story baru-baru ini.

Memang betul kata Mira Filzah ni. Kepada mereka yang berangan hanya ingin suami yang baik tetapi diri sendiri tak berubah, nah setepek komen dari Mira Filzah untuk anda.

Jadi beringatlah, kalau inginkan seseorang yang terbaik, kita juga haruslah berusaha ke arah itu.

Semoga Mira FIlzah akan dapat bertemu jodoh dengan insan yang baik-baik belaka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here