Pelawak popular tanah air iaitu Jep Sepahtu telah membuat kenyataan mengatakan isterinya iaitu pelakon popular Sari Yanti telah keguguran.
Sari Yanti ketika ini sedang hamil tiga bulan dan disahkan anak dalam kandungan tidak lagi bergerak.
Jep Sepahtu mengatakan hal ini menerusi laman media sosial Instagramnya dan dia berkata, mereka mengetahui bayi dalam kandungan Sari Yanti menghadapi masalah selepas membuat pemeriksaan di hospital.
Ini tulis Jep Sepahtu di IG:
“Minggu lepas abah bawa eya teman mama pergi hospital nak tengok adik. Adik eya dah nak masuk 3 bulan dah. Sekali masa check up haritu doctor bagitau adik eya tak bergerak lagi dah. Doakan mama eya selamat operation harini ya.”
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengucapkan takziah kepada pasangan tersebut.
Ini antara komen netizen yang memberi komen:
eyna_angahbaking.co: “Semoga dipermudahkan segalanya”
bintunmohamad: “Smga selamat dan dipermudahkan smuanya…
rasidah.eiyda.3: “Semoga dipermudah kan ank syurga tu… Tabah ye
jerou_88: “Semoga di permudahkan urusan. Takziah buat sekeluarga.
labeldapur: “Semoga @sariyanti dipermudahkan & selamat menjalani operation. Aameeen ya robb..
asyikin_aris: “Semoga semua selamat…
zaitunmsalleh: “Semoga dipermudahkan dan sariyanti cepat sembuh..aamiin
najaha_nasarath: “insha allah ada rezeki lain nanti. salam takziah jep + sariyanti.
Pasangan ini berkahwin pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Dariya Inara yang kini berusia 11 bulan.
Pada perkahwinan terdahulu, Sari Yanti mempunyai dua orang anak lelaki.