“Anak dah dua tapi masih buat perangai macam dulu.. Isteri dah rasa menyampah”

Ini satu kisah teladan dari penyanyi Waris. Sikap acuh tak acuh dan tidak peduli membuatkan Waris tak berpuasa penuh sebelum ini/

Katanya, memang dia sengaja tak berpuasa penuh di bulan Ramadan.

Waris berkata tak ada siapa dapat mengubah sikap itu hinggakan isterinya sendiri, Izzati Amirah Kamaruddin turut kecewa dengan perkara berkenaan.

Akan tetapu, sejak Ramadan tahun lepas, telah mula timbul kesedaran untuk dia belajar berpuasa penuh selama sebulan.

Ini pendedahannya:

“Sejujurnya saya pertama kali dapat puasa penuh pada tahun lalu. Isteri sebelum ini sampai dah rasa menyampah dengan saya.

“Anak dah dua tapi masih buat perangai macam dulu lagi. Namun Alhamdullilah… tahun lalu saya dapat dorongan daripada isteri dan berjaya puasa penuh untuk pertama kali.

“Sebelum ini memang tak pernah puasa penuh. Tak kisah orang nak kecam sebab ini adalah diri saya, jadi nak buat macam mana,”

Untuk pengetahuan, Waris dan Izzati Amirah telah berkahwin pada 1 Ogos 2015 dan mereka berdua dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mudassir (3 tahun), dan Tihani Izz Nina (9 bulan).

Waris mendedahkan lagi, dia mula tidak berpuasa ketika berniaga menjual Air Conteng di bazar Ramadan beberapa tahun lalu.

“Waktu tu saya berniaga jual air dan kadang-kadang terpaksa buka kedai seawal pukul 4 petang dalam keadaan panas. Saya pula buat kerja seorang diri sebab waktu tu tak ada pekerja lagi.

“Lepas tu, boleh pula saya tergoda tengok air. Tambahan pun apabila lihat peniaga gerai sebelah kanan dan kiri pun minum air menyebabkan saya pun tak puasa,”

Untuk tahun ini, Waris memberitahu dia mahu lebih fokus kepada keluarga dan menunaikan ibadah sepanjang bulan Ramadan.

“Tahun ini saya tak buka gerai jual air sebab nak fokus untuk beribadah dan keluarga. Tapak niaga yang saya dapat daripada Majlis Perbandaran Seremban tu saya sewakan kepada orang lain.

“Selain itu juga, saya nak ambil peluang untuk keluar dengan kawan-kawan yang dah lama tak luangkan masa bersama,”

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here