Pengarah dan pelakon hebat tanah air iaitu Erma Fatima akui kagum dengan semangat anak perempuan nya bernama Citra.
Citra ini merupakan anak angkatnya dan sebenarnya seorang yang ‘istimewa’ dan sering digelar ‘anak syurga’ oleh Erma Fatima.
Sebenarnya ramai yang tak tahu bahawa Citra mempunyai masalah kerosakan dalam otaknya.
Melalui satu pendedahan dari Erma Fatima, anaknya itu mempunyai brain damage ketika dalam kandungan ibunya dan bukannya menghidap autisme.
Menerusi satu perkongsian, Erma Fatima akui sebak melihat Citra yang sentiasa berusaha melakukan apa yang dia mahu meskipun dengan hanya mampu menggunakan satu tangan.
Ini komen Erma Fatima yang popular dengan watak Mok Cun:
“Setiap kali dia buat sesuatu hanya dengan menggunakan satu tangan.. kadang-kadang dengan kaki juga menyebabkan saya sebak.
“Citra bukan autism, dia brain damage kerana separuh brain dia rosak ketika dalam perut emaknya akibat pengambilan ubat.
“Dalam ketidaksempurnaan dia..dia masih berusaha dan tak putus asa.
“Saya upload bukan untuk mendapat simpati.. dia happy bila tengok banyak komen kat gambar dia. Dia kata dia banyak kawan baru,”
Dalam satu perkongsian lain, Erma mengatakan anaknya itu turut mempunyai otak business dan pandai buat macam-macam dan semuanya dia belajar dari internet sahaja.
Ini perkongsian Erma Fatima yang memanggil anaknya itu dengan gelaran Kak Cun kerana minat bisnes:
“Kak Cun ni mcm-macam dia nak buat.. kasutlah.. bajulah.. kek lah..
Macam mak dia jugak. Aku bagi dia explore semua yang dia suka dulu… nanti baru aku akan pilih apa yang paling dia hebat. Dia nk business.. aku tunggu tengok yang mana dia paling expert baru aku akan suruh dia fokus. Apa dia buat ni aku tak suruh.. aku tak ajar… aku pun tak minat dan tak reti semua ni.. dia belajar dr youtube jer..budak-budak zaman sekarang..”
Erma berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Erma turut memuat naik video Citra yang sedang melakukan kerja seninya.
Rata-rata pengikutnya juga turut bersimpati dengan Citra dan telah mendoakan agar hidup anak syurga berkenaan sentiasa dipermudahkan oleh Nya.
Selain Citra, Erma Fatima turut mempunyai empat anak angkat lain iaitu:
1) Syamil Ikhwan, 25 tahun
2) Ahmad Arir, 23 tahun
3) Ahmad Aifin, 21 tahun
4) Nurain, 12 tahun.
Semoga berbahagia Erma Fatima dengan anak-anaknya.
Sumber: ASTRO GEMPAK