Anak Belumuran Darah Rayu Tengok Ibu Bapa Terperangkap Dalam Kereta Terbakar

Seramai empat orang telah terkorban disebabkan kemalangan jalan raya apabila sebuah kereta model Honda Civic dikatakan telah melanggar sebuah trak di hadapanya.

Empat mangsa yang terkorban itu adalah dari satu keluarga yang dikatakan telah terbakar sejurus sahaja berlakunya kemalangan itu.
Mengikut daripada laporan punca daripada kemalangan jalan raya itu berpunca daripada individu yang memandu kereta tersebut berada dalam keadaan mengantuk.

Akibat daripada itu, pemandu kereta Honda Civic tu tidak dapat mengawal keretanya lalu merempuh trak yang turut berada di jalan yang sama.

Kejadian kemalangan jiwa ini berlaku di Tol Sumatera, Indonesia pada hari Sabtu semalam. Turut dilaporkan bahawa pemandu dan juga isterinya yang terlibat dalam kemalangan itu sedang terbakar manakala kedua-dua anak mangsa telah di selamat dan berada di tepi jalan.

Kedua-dua kanak-kanak malang itu yang berlumuran darah apabila kereta yang dinaiki oleh mereka mengalami kemalangan. Mereka menangis apabila hanya mampu melihat ayah dan ibunya masih berada dalam kereta yang sedang terbakar itu.

Kanak-kanak malang itu juga turut meminta mahu melihat ayah dan ibunya yang masih terperangkap dalam kereta yang sedang terbakar itu. Orang awam yang berada di kawasan tersebut rata-rata tidak berani menyelamatkan mangsa kerana takut kereta tersebut meletup.

Difahamkan juga bahawa terdapat tumpahan minyak serta keadaan kereta yang sedang terbakar membuatkan mereka bertindak berdiam diri.

Mangsa kemalangan yang selamat itu kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurut pihak polis tempatan masih lagi menyiasat tentang kemalangan yang terjadi itu.

Walaubagaimanapun, pemandu dan isteri yang terbakar dalam kemalangan kereta itu selamat dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab atau tidak kerana tiada laporan yang dibuat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here