“Anak aku banduan, hari ini dia keluar penjara” – Erma Fatima kongsi kisah anaknya

Erma Fatima diketahui mempunyai beberapa orang anak angkat.

Dalam perkongsian terkini pelakon dan penerbit ini telah berkongsi kisah anak ketiganya, Ahmad Aifin (21) yang dihukum penjara pada Mei 2016 di laman sosial bukan untuk meraih simpati.

Erma Fatima menyatakan dia berkongsi kisah itu bertujuan memberi pengajaran kepada golongan belia mengenai realiti kehidupan.

Ini tulis Erma Fatima:

“Ini ANAK AKU yg ke 3. Dari umur dia satu hari aku pelihara dia. Aku berikan yg terbaik semampu aku. Sekolah..agama..kasih sayang…meskipun byk kekurangan aku.

“Berbagai dugaan aku terpaksa lalui untuk besarkn dia. Dan satu hari atas percaturan org tertentu anak aku kembali ke pangkuan ayah kandungnya. Hanya Allah yg tahu betapa hancurnya hati aku ketika itu.

“Dan Mei 2016 aku mendapat berita dia d tangkap polis dan d penjarakan. Sekali pun aku tak pernah jengok dia di penjara kerana aku kecewa..sedih..hancur hati ini…hanya keluarga lain yg pergi menziarahi dia. Semua d dlm keluarga aku menyangka aku dah buang dia dari hidup aku.

“Dan hari ini dia keluar dari penjara. Anak2 aku yg lain jemput dia di penjara dan bawak pulang ke rumah.Semua takut aku tk terima dia. Apa pun aku masih ibu dia walaupun aku tidak melahirkannya..walaupun dia tinggalkan aku..hancurkan hati aku TAPI aku tetap ibu dia.

“Ye ANAK AKU kini bekas seorang BANDUAN. Atas izinnya aku ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua. Bila aku minta izin dia tanya aku..”mama tak malu ke bg tahu org anak mama bekas banduan?”.

“Aku cakap aku tak pernah malu memiliki anak yg d kurniakan Allah seperti apa pun dia kerana itulah dugaan paling besar dlm hidup aku yg aku terpaksa tempuh. Aku berkongsi semua ini bukan kerana aku mahukan simpati… aku mahu berkongsi dengan semua anak2 muda d luar sana tentang realiti hidup..aku mahu keluarga yg memiliki anak2 seperti ini juga mendapat sedikit kekuatan dr cerita aku ini. Itu saja..

“Nanti aku akn cerita lagi kenapa dan mengapa dia masuk penjara.

Walaupun Erma Fatima akui hancur hatinya tatkala anaknya itu dijatuhkan hukuman penjara, tetapi, dia tetap sayang dengan anaknya itu dan mahu memberi kesedaran buat semua tentang realiti kehidupan.

Ini kongsi Erma Fatima lagi:

“Hari ini mengingatkan aku kpd 23 tahun yg lalu d mana aku menyambut dia ke dalam hidup aku dengan penuh kegembiraan. Hari ini sekali lagi aku merasakan kegembiraan dan kebahagiaan itu apabila dia kembali ke pangkuan aku. Aku harap selepas ini dia takan pergi tinggalkan aku lagi… Kalau anda semua tengok dia betul2..anda tkn percaya dia bole masuk penjara. Selama aku memelihara dia tdk pernah walau sekalipun dia meninggikan suara pada aku..kurang ajar apatah lagi melawan aku. Itulah realitinya.. TAPI takdir telah merubah hidupnya satu ketika dulu kepada satu kehidupan yg gelap. Aku sendiri tidak pasti apakah aku akn bongkarkan semuanya disini atau tidak..kerana pasti byk yg akn terguris.

“Ahmad kata kt penjara tiap2 hari mkn ikan rebus je sbb tu mlm ni kami jamu dia dgn mcm2 makanan. 3 pinggan dia makan. Aku dapat lihat pancaran matanya yg penuh gembira. Katanya 3 hari sblm keluar penjara dia tk bole tido. Yg bermain di kepalanya adalah..apakah aku akn menerima dia kembali. Dan paling aku sebak..albab dan arri kalau suruh pergi mana2 pagi liat nk bangun. Tapi pagi ni mereka bangun dengan semangat sekali untuk menjemput adiknya pulang tanpa perlu aku kejutkan. Ya Allah! Jangan pisahkn kami lagi..satukan kami hingga ke hujung nyawa.

Sumber; Ig Erma Fatima

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here