Amelina Akui Amat Tertekan

Peserta Gegar Vaganza musim kelima, iaitu penyanyi dangdut Amelina memberitahu masalah kesihatan yang dihadapinya pada konsert ketiga Gegar Vaganza 5 (GV5) malam Ahad berpunca daripada tekanan yang kuat yang dialaminya.

Kata Amelina yang pertama kali menyertai program pertandingan, dia akui terlalu memikirkan tentang harapan orang sekelilingnya.

“Saya mengalami masalah kesihatan dan hilang suara secara tiba-tiba semalam. Mungkin disebabkan saya terlalu memaksa diri saya. Saya akui tertekan dengan pertandingan ini terutama memikirkan orang sekeliling iaitu anak-anak, keluarga dan pengurusan yang yakin saya mampu melakukannya.

“Saya sudah biasa menyanyi konsert 14 lagu tapi tekanan pertandingan sangat berbeza, satu lagu saya rasa tekanan seperti bawa 30 lagu, macam-macam nak kena fikir”

Walaupun dalam keadaan sakit dan stress yang teramat, Amelina yang membawakan lagu Segalanya Pasti nyanyian asal Aida Agil, telah berjaya mendapat markah tertinggi dan layak ke peringkat seterusnya. Amelina bersyukur kerana dapat memberikan yang terbaik.

“Tiga minggu yang sangat menyukarkan bagi saya apabila terpaksa mengeluarkan watak lain dalam diri saya. Saya terlalu letih dan mujur minggu depan lebih santai dan menyanyi lagu duet bersama rakan artis”

Dalam pada itu, Amelina turut akui dia menggigil sepanjang persembahan tersebut dan hampir pengsan. Ketika lagu habis dinyanyikan, Amelina terpaksa duduk ketika mendengra komen dari pihak juri.

Kemudian, team GV5 telah membawa Amelina keluar dari pentas. Kemudiannya, Amelina tidak hadir ketika segmen akhir iaitu Ada Lagu Ada Lagi dan berehat di belakang tabir sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here