Alyah Hanya Mampu Hadiahkan Ini Buat Tok Ram

Pasangan seleberiti Datuk Ramli Ms dan juga isterinya Datin Alyah kini menjadi bualan warga net hanya kerana berberpa gosip serta dakwaan yang dikatakan Alyah bersikap biadap kerana meninggalkan pentas GV6 baru-baru ini.

Namun, insiden tersebut telah mendapat respon balas oleh Datin Alyah yang bertindak membela dirinya apabila dituduh sebegitu rupa.

Tak lupa juga tentang insiden berkaitan dengan Nabil dan Jihan yang dikatakan tidak pernah meminta maaf kepadanya kerana bergurau di pentas GV6.

Bagi Datin Alyah dia tidak ambil pusing dan menyimpan dendam kerana baginya mereka berdua hanya bergurau sahaja.

Terkini, apabila isteri kepada Tok Ram itu telah berkongsikan satu surah al-fatihah sempena hari ulang tahun kelahiran suaminya yang jatuh pada hari ini.

Menurut Datin Alyah lagi dia hanya mampu menitipkan dan menghadiahkan doa dan ingatan terhadap suaminya yang tercinta.

Ini adalah ucapan yang diberikan oleh Alyah kepada Datuk Ramli MS sempena hari jadinya hari ini:

“Hanya doa yg mampu saya hadiahkan. Dan doa saya tidak pernah putus buat kamu.

”Selamat ulang tahun Dato Hj Ramli bin Hj Muhammad Salleh,”

Akibat daripada perkongsian status ulang tahun kelahiran itu, ruangan komen Instagram Datin Alyah dibanjiri oleh ucapan tahniah serta doa daripada peminat serta para pengikutnya.

Rata-rata mereka telah mendokan kesejahteraan rumah tangga pasangan ini agar gembira selamanya.

Sebagai rekod, pasangan ini telah berumah tangga dan bernikah di Batam, Indonesia pada Mac 2013 kerana tidak mahu mendedahkan kepada pihak media.

Namun, akhirnya rahsia pernikahan mereka terbongkar hanya selepas setahun kemudian dan rata-rata gembira dan mengucapkan tahniah kepada dua mempelai ini.

Semoga ikatan perkahwinan Dato Ramli Ms dan juga Datin Alyah akan kekal dan bahagia selama-lamanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here