Alyah Dedah Nabil Dan Jihan Tak Pernah Minta Maaf

Lebih kurang enam tahun rancangan Gegar Vaganza bersiaran, dan semestinya  pengacara rancangan itu adalah Nabil Ahmad dan juga Jihan Muse yang memang dikenali dengan kaki usik mengusik malah mereka berdua kerap bergurau kasar dengan Datuk Ramli MS

Tempias usikan itu juga terkena kepada Datin Alyah yang juga merupakan isteri kepada Ramli MS. Menurut Alyah, dia sebenarnya tidak kisah dan terasa hati dengan usikan Nabil dan Jihan Muse itu.

Komen Datin Alyah lagi yang kerap diusik oleh Nabil dan Jihan Muse:

“Macam musim kali ini baru minggu pertama saya tengok. Selebihnya saya ada kerja. Tapi saya dapat banyak mesej peribadi (DM) di Instagram. Jadi dapat tahu dari situ mereka membahan atau mengenakan saya.

“Tak pernah berasa geram atau marah pun. Sebab sudah enam tahun kena perkara sama. Macam-macam mereka cakap, tapi saya di rumah okey saja.

“Kadang saya tanya juga Tok Ram, kenapa nak kena buat macam tu. Dia cakap, benda macam itu jangan ambil hati. Saya sebenarnya malas ambil tahu pun hingga tak tahu nak beri reaksi apa. Mungkin sebab sudah biasa kan,”

“Nabil dan Jihan tak pernah pun mesej untuk cakap maaf. Sebab saya anggap mereka bergurau. Saya kenal Nabil sejak dia dalam Raja Lawak lagi. Kalau diberi peluang balas balik, banyak saya boleh buat. Tapi itu kerja mereka, jadi saya biar saja.

“Saya juga tak ambil hati atau simpan dendam. Cuma orang sekeliling banyak beri tekanan, sedangkan saya okey saja,”

Menurut Datin Alyah lagi, Nabil dan Jihan tidak pernah sekalipun menghantar mesej memohon maaf atas usikan yang dilakukan oleh mereka terhadapnya kerana dia beranggapan bahawa ianya sekadar gurauan biasa.

Jelasnya lagi, dia  tidak berdendam dengan tindakan mereka berdua. Wah! Sungguh mulia hati Datin Alyah bukan. Patutlah Datuk Ramli MS sentiasa sayang pada isterinya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here