Aliff Syukri Hadiahkan Isteri RM 5 Juta Jika Dapat Dua Anak Perempuan

Sememangnya amat bahagia kalau ada sebuah keluarga yang besar.

Mempunyai niat untuk terus membesarkan keluarga dengan penuh bahagia dengan kehadiran anak-anak tersayang, jutawan komestik yang kini bergelar artis iaitu Datuk Seri Aliff Syukri dikatakan berhasrat untuk menimang cahaya mata lagi.

Kini Aliff Syukri sudah pun dikurniakan empat orang cahaya mata kandung dan seorang anak angkat, akan tetapi beliau mahukan anak lagi.

Dikatakan Aliff Syukri ada memberitahu beliau akan menghadiahkan wang tunai RM 5 juta kepada isterinya, iaitu Datin Nur Shahida jika isterinya itu melahirkan dua orang lagi cahaya mata perempuan.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh ibunya, iaitu bonda Rozita Ibrahim menerusi akaun Instagramnya.

Secara berseloroh, Rozita Ibrahim yang mesra disapa gelaran ‘bonda’, ada mengharapkan cucu lagi daripada Aliff Syukri dan Nur Shahida.

Ini caption dari Rozita Ibrahim:

“Kumpul raya cina dirumah sewa je kami.. Yati (Sendayu Tinggi – Kakak Aliff Syukri) tutup kilang, Ady (Suami Yati) tak nak anak lagi.. Kri (Aliff Syukri) nak hadiah pada Ida (Datin Shahida) RM 5 juta syaratnya kena beranak lagi 2 nak girl tau..!!

“Kami lawak memang kasar meriah pecah kapal.. Yati anak sulung saya 36 tahun kalau tak salah saya umurnya (saya tak ingat anak tarikh lahir he he) dan Noha cucu bongu dr adik bongsu saya)

“Mak saya 68 tahun banyak cicit dari anak2 saya .. Kawin muda macam saya gak.. Kri anak no 3… Bakal dapat cucu lagi tapi kri gagal dipersimpangan..”

Sememangnya, pengorbanan seorang isteri bertarung nyawa untuk melahirkan anak memang harus lah dihargai.

Apa salahnya kan kalau betul Aliff ingin hadiahkan wang tersebut, ia sebagai penghargaan buat isteri tercinta. Dah jutawan, apa nak heran sangat RM5 juta berbanding dapat anugerah anak tersayang.

Semoga keluarga Alif Syukri sentiasa berbahagia selalu.

Sumber: IG Bonda Rozita Ibrahim (Pengasas Sendayu Tingi)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here