Aliff Dedah Cerita Sebenar Yang Berlaku

Selepas kecoh dunia seni tanah air satu video tular yang menunjukan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz yang sedang digari oleh pihak polis Singapura pada Ahad lalu, kini dia tampil memberi ucapan terima kasih kepada warga net.

Menurut bekas suami kepada Bella Astillah ini, dia amat berterima kasih kepada netizen yang telah memberi moral support kepada dirinya.

Dia yang melakukan Live di IG milik ibunya iaitu Siti Hafizah memberitahu bahawa tahun ini penuh cabaran buat dirinya yang sering ditimpa pelbagai ujian.

Ini komen dari Aliff Aziz lagi berikutan dengan kes yang terjadi:

 “Terima kasih… ramai orang mesej secara peribadi dan ambil berat tentang saya, masih ada orang yang berhati baik.

“Tahun paling berat untuk saya dari segi spiritual dan mental tapi Insya-Allah saya akan belajar menjadi lebih kuat selepas ini,” 

“Jika umur saya 40 atau 50 tahun sekalipun, sekiranya bapa saya masih hidup dia tetap menjadi bapa saya.

“Banyak perkara berlaku pada ketika itu yang saya tak boleh ingat… sebenarnya saya tak perlu jelakan dengan lanjut kerana banyak cerita sudah ditulis seperti mabuk dan cari fasal.

“Selagi saya masih bernafas, saya akan cuba perbaiki. Saya mengharapkan ada ganjaran di akhirat nanti walaupun bukan kerana kebaikan yang dibuat, tapi kerana ramai orang suka bercakap buruk di belakang saya,” 

Sebagai rekod, Aliff Aziz telah digari dan ditahan pihak berkuasa Singapura kerana atas kesalahan menganggu ketenteraman awam dan berada di bawah pengaruh alcohol.

Menurut sumber, dia ditahan sekitar jam 6.40 pagi di kawasan Orchard Road kerana telah bergaduh dengan seorang lelaki dan kemudian ditangkap di bawah seksyen 14(2)(b) Akta Kawalan Arak.

Semoga dengan insiden yang terjadi ini dapat menginsafkan Aliff Aziz dan tidak mengulangi perbuatan seperti ini lagi.

Syabas juga kepada warga net yang memberikan sokongan moral kepada Aliff supaya menjadi insan yang lebih baik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here