Kecoh seketika apabila satu video yang memaparkan pelakon dan juga penyanyi dari sebarang iaitu Aliff Aziz yang bergelut dengan pihak polis semasa digari semalam.
Pelbagai spekulasi yang dilemparkan berkenaan dengan insiden tersebut. Ada yang merasa kasihan dengan Aliff malah ada juga yang mengatakan bahawa ia adalah gimik lakonan.
Namun, menurut sumber insiden Aliff Aziz ditahan oleh pihak polis Singapura itu adalah kerana dia mabuk dan telah mengangu ketenteraman orang sekitar jam 6.40 pagi Ahad lalu.
Video yang tular itu telah menghangatkan lagi dengan pelbagai episode kontroversi yang dilakukan oleh artis ini.
Terkini, menurut ibu kepada Aliff Aziz memberitahu bahawa anaknya itu sudah pun dibebaskan. Ibunya S Hafiza ada memuat naik video berdurasi 20 saat di laman Instagramnya.
Rakaman video itu menunjukan Aliff sedang mendukung anaknya, Ayden Adrean di kediamannya di Singapura serta ada kelihatan dalam video tersebut ialah bekas isterinya, Bella Astillah.
Ini komen daripada ibu Aliff Aziz setelah berlakunya insiden semalam:
“Kepada yang bertanya mengenai anak saya, alhamdulillah berkat daripada doa orang ramai, dia okey. Selepas berjumpa anaknya malam tadi, Insya-Allah dia bertambah baik.
“Saya percaya setiap apa yang terjadi dalam hidup kita pasti ada sebabnya dan Allah saja yang tahu,”
“Dengan rasa rendah hati, saya ingin berterima kasih atas setiap doa anda. Ia sangat berharga,”
Kata S Fiza lagi para netizen tidak layak menghukum apa yang terjadi terhadap anaknya itu.
Nampaknya episode demi episode kontroversi yang dilakukan oleh Aliff Aziz ni. Semoga pelakon dan penyanyi ini akan segera menemui sinar yang benar dan menjadi contoh bapa yang baik buat anaknya Ayden.