Alami Pendarahan Paru-Paru Bayi Abby Kini Kritikal

Menurut suami kepada pelakon Abby Abadi yang lebih dikenali sebagai Jai Ezzany atau nama asalnya Muhammad Faizal Zakaria telah memberitahu bahawa bayi mereka yang di gelar “ Baby D” itu kini tenat.

Baby D dilahirkan pramatang itu telah dilahirkan pada 27 September lalu pada usia 23 minggu kerana Abby Abadi mengalami tekanan darah tinggi yang melampau.

Suami Abby Abadi juga telah memaklumkan bahawa bayi mereka kini dalam keaadan sangat kritikal kerana paru-paru bayi itu mengalami pendarahan.

Komen Jai Ezzany lagi :-

“Semalam, doktor maklumkan kepada saya dan Abby bahawa bayi berada dalam keadaan kritikal kerana berlaku pendarahan dalam paru-paru.

“Hari ini, belum ada apa-apa maklumat terkini dan saya masih lagi menantikan berita daripada doktor,”

“Alhamdulillah, isteri saya berada dalam keadaan stabil dan dah dibenarkan pulang hari ini. Cumanya, setiap hari saya akan ke hospital untuk menghantar susu kerana bayi kami memerlukan susu ibu,”

“Hanya mengharapkan keajaiban daripada ALLAH yang mampu mengubah segala-galanya.
Allah lebih berkuasa dan Maha mendengar. #DoakanBabykami #SemogaPanjangUmurnya #HanyaDoaMampuMengubahTakdir,”

Status bayi pasangan ini masih lagi dalam Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan selanjutnya.

Sebagai rekod, Faizal dan Abby Abadi telah berkahwin pada 14 Ogos 2015 serta telah mempunyai dua anak angkat yang diberi nama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Faizal merupakan suami ke tiga Abby Abadi. Sebelum ini dia pernah berkahwin dengan bekas pekerjanya yang bernama Farhan dan juga pelakon Norman Hakim. Mereka di kurniakan 4 orang anak bersama serta hubungan mereka sekeluarga amat rapat.

Mari kita doakan supaya bayi Abby Abadi dan pasangannya kembali sihat dan pulih sepenuhnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here