Pelakon dan pelawak terkenal tanah air, Zaibo disahkan meninggal dunia jam 1.30 tengah hari tadi di kampung halaman isterinya di Rengit, Batu Pahat, Johor.
Menurut isteri kepada Zaibo iaitu Siti Hawa Sawal, 52 tahun, allahyarham suaminya menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya serta beberapa anak yang turut menemani beliau.
Ini komen isteri Zaibo:
“Dia baru selesai mandi masa tu dan tiba-tiba batuk. Tapi, dia sempat takbir tiga kali sebelum rebah,”
Pada 5 September lalu, pelbagai media ada melaporkan Zaibo dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh akibat kanser esofagus (esophageal cancer) yang dikataakn sudah berada di tahap empat.
Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62 tahun, mengakui tidak sangka ada menghidap penyakit lanser itu kerana sebelum ini hanya mempunyai masalah darah tinggi dan kolesterol.
Sementara Jumaat lalu, Siti Hawa mengakui keadaan suaminya itu semakin pulih dan memerlukan rehat yang cukup selain meminta orang ramai untuk terus mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Zaibo.
Apapun, Tuhan lebih menyayanginya dan Zaibo kini sudah tiada lagi. Mari kita doakan arwah dan sedekah kan Al Fatihah. Takziah buat ahli keluarga Zaibo.
Sedikit info, Zaibo amat popular dengan watak komedi Pak Selamat dalam sitkom Spanar Jaya (1999 hingga 2005) bersama Wardina, Ahmad Idham dan juga Mat Rock.
Zaibo juga pernah berlakon dalam filem-filem seperti fantasi muzik Magika dan Awan Dania The Movie. Dia juga memainkan peranan kecil dalam filem Hollywood, Anna and The King.
Selain itu, Zaibo juga terkenal kerana wataknya sebagai penjual mi rebus dalam sitkom dari Singapura iaitu Under One Roof pada tahun 1990, yang pertama kali disiarkan pada tahun 1995.
Pada Isnin lalu, Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim sempat meluangkan masa bersama suami, Dennis Muhammad Abdullah melawat Zaibo di ruamhnya.