“Aku Rasa Terhina… Sia-Sia Menang Anugerah” – Luahan Hati Jalil Hamid

Jalil Hamid merupakan artis serba boleh yang mempunyai bakat yang cukup besar. Jalil Hamid boleh berlakon, boleh berlawak, jadi pengacara dan juga boleh menyanyi. Antara lagu popularnya ialah lagu berjudul Ayam.

Antara filem yang baru dibintangi Jalil Hamid ialah filem Bisik Pada langit yang cukup menyentuh hati ramai pihak di panggung wayang. Malah, dalam perkembangan lain, Jalil Hamid turut tersenarai antara calon Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian kali ke 31 yang berlangsung baru-baru ini.

Namun ada satu kisah tak best yang berlaku berkaitan dengan Jalil Hamid baru-baru ini. Pelakon ini telah tampil meluahkan rasa hatinya mengenai sikap sesetengah produksi yang membuatkan dirinya terguris dan terasa hati.

Ini apabila ada tawaran yang langsung tak masuk akal ditawarkan kepada Jalil Hamid. Rasa sedih dengan perkara ini, Jalil Hamid berkata dirinya sudah jatuh nilai apabila semakin veteran walaupun mempunyai banyak award sebelum ini.

Jalil Hamid telah memuat naik luahan hatinya itu menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Ini tulisnya:

Sumber: IG Jalil Hamid

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here