“Aku Pernah Kena Raid Kat Hotel.. Masa Tu Aku…” – Perkongsian Seorang Lelaki

Salah satu isu yang menjadi trending dan amat viral pada hujung minggu yang lalu adalah isu berkenaan operasi terjah oleh jabatan agama. Ianya bermula apabila ada sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan bahawa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa telah mengeluarkan ingin menghentikan operasi ‘serbuan waktu malam’ bagi melaksanakan operasi khalwat dan maksiat lain.

Ianya terus mendapat perhatian orang ramai yang agak terkejut dengan kenyataan itu. Malah ianya turut mendapat respon balas dari para mufti dan juga para pendakwah.

Namun begitu, menerusi kenyataan terbaru, Datuk Dr Mujahid telah menafikan perkara itu keluar dari mulutnya dan menganggap kenyataan itu ditokok tambah dan dimanipulasi.

Isu itu sedikit sebanyak telah mendapat pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia. Bercerita mengenai isu khalwat, seorang lelaki telah menceritakan pengalamannya ‘diserbu’ oleh jabatan agama.

Ianya berlaku di sebuah hotel murah di Pulau Pinang dan ketika itu dia berseorangan di dalam hotel dan hanya ingin berehat.

Ketika lelaki ini telah mendaftar masuk di sebuah hotel bajet yang terletak di Butterworth, Pulau Pinang, walaupun niatnya hanya ingin berehat dan bermalam di sana, lelaki ini telah menjadi mangsa salah serbu oleh jabatan agama. Katanya lagi, setelah 30 minit lepas check in, pintu bilik telah diketuk dan ada jeritan yang meminta lelaki ini untuk buka pintu dan keluar dari biliknya.

Ini perkongsian penuh lelaki ini. Sila baca:

“Aku pernah kena raid kat hotel murah kat Butterworth. Masa tu aku sorang, baru sampai situ tgh malam, ngantuk gila, n tu tempat yang aku ternampak utk tidur. Lepas masuk, aku tukar pakai kain pelikat n tidur x pakai baju.”

baca kenyataan selanjutnya:

Sumber: Twitter Annawi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here