‘Aku Pakai Niqab Bukan Sebab Fesyen Atau Taasub Agama’

Menerusi laman Instagram milik Erma Fatima yang menjadi perhatian warga net khusunya apabila melihat pengarah itu yang memakai purdah.

Ramai yang tertanya-tanya adakah itu merupakan imej terbaru yang ditonjolkan oleh pelakon yang dikenali menerusi drama Mok Cun itu.

Menurut pelakon  dan pengarah Erma Fatima telah menjelaskan bahawa dia mengenakan purdah bukan kerana taasub agama ataupun kerana terikut-ikut dengan fesyen.

Menurut Erma Fatima yang kini berusia 51 tahun, dia menutup bahagian muka disebabkan mahu menunjukkan rasa hormat beliau ketika  bertemu agamawan terutama dari Timur Tengah.

Ini komen yang diberikan oleh Erma berkenaan isu purdahnya:

“Bila pakai niqab dia kata Islam ekstrem, dia kata fesyen, dia kata taasub.

“Aku pakai bukan kerana ekstrem apatah lagi menganggap niqab itu fesyen. Salah tu.

“Aku pakai kerana itulah adab bila berjumpa habib atau ulama dari luar terutama dari Arab. Itu peradaban mereka yang harus dihormati,

“Memang dalam Al-Quran tak suruh pakai niqab tapi kalau mereka dah rasa selesa kenapa mesti kita pertikaikan?

“Melindungi wajah dari pandangan yang boleh mengundang dosa takkan jadi satu kesalahan?

“Susah juga jadi netizen yang cari salah orang saja. Masalah besar kalau hati dalam fikiran kita 24 jam negatif. Kena ubat cepat-cepat sebelum parah sebab tak ada pakar dalam dunia boleh ubatkan penyakit hati ini,” 

Di telah berkongsi tentang itu menerusi sebuah status yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Jumaat lepas.

Erma Fatima juga menjelaskan bahawa pemakaian purdah bukanlah sesuatu kewajipan tetapi berharap agar netizen tidak mempertikaikan imej terbarunya itu.

Menurut Erma lagi, bahawa keputusan seseorang untuk berpurdah tidak perlu di isukan apabila perkara tersebut akan membuatkan mereka berasa selesa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here