“Aku haramkan setiap satu sen..” Iqram Dinzly Mengamuk Diisytihar Muflis

Iqram Dinzly khabarnya telah diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setelah gagal membayar cukai pendapatan yang dikatakan berjumlah RM77,000.

Pelakon berkenaan ternyata berang dengan kejadian itu dan telah meluahkan rasa tak puas hati tentang perkara tersebut.

Menurut Iqram, notis pemberitahuan mengenai bayaran cukai pendapatan itu diterima sejak tiga tahun lalu yang pada asalnya berjumlah hampir RM200,000.

Ini baca komen Iqram Dinzly:

“Selepas dapat notis saya terus disenarai hitam. Ketika itu, saya melantik ejen untuk berurusan dengan pihak LHDN. Dapatlah kurangkan hingga RM67,000.

“Namun, saya diperintahkan ke Mahkamah Majistret Ipoh tahun lalu dan diarahkan membayar jumlah itu dalam tempoh tiga bulan.

“Dua minggu lalu, saya pergi ke pejabat LHDN di Jalan Duta bagi berbincang sekali lagi. Hasil perbincangan negatif. Mereka cakap saya tiada inisiatif untuk membayar.

“Disebabkan itu, jumlah meningkat semula kepada RM77,000 dan saya diberi tempoh 10 hari untuk menjelaskannya. Jika gagal, saya diisytihar muflis”

“Lagi pula saya memang tak mampu nak bayar dan tak boleh nak buat apa-apa. Cuma sekarang, saya kena cari jalan macam mana nak selamatkan aset yang ada seperti rumah dan kereta. Ini saja yang tinggal.

“Diakui apa yang berlaku atas silap sendiri, tetapi jujur saya katakan selama ini memang tidak tahu prosedur pembayaran. Saya hanya tahu kumpul resit saja

Apabila ditanya adakah dia akan kembali berlakon untuk menjana pendapatan bagi membayar hutang itu, Iqram tegas dengan pendirian tidak sama sekali.

“Saya takkan kembali berlakon. Disebabkan saya menjadi selebriti saya diisytihar bankrap”

di ruangan Instagram sehingga memaki hamun pihak LHDN. Tak cukup dengan itu, dia turut mendakwa dia dirompak tanpa usul periksa.

Ini luahan Iqram Dinzly di laman media sosial IG:

“Khususnya untok ‘ Wanita Bertudung ‘ yang kononnya ada kuasa tapi kepala bana di @lhdnm Jalan Duta! Kau tahu kau siapa , tapi kau tak tahu apa yang aku rasa . Kau cuma tahu apa yang kau nak kata tanpa usul periksa . Apa sahaja yang kau perkatakan dan arahkan selamba , Allah Maha Mengetahuinya . Allah Maha kuasa segalanya.

“Aku doakan kau supaya setiap kata kata kau memakan jiwa dan sampai ke mati kau takkan lupakan aku dan sengsara untok memohon maaf pada aku disebabkan kedajjalan kau yang kepala bana !

“Kepada yang bersubahat juga , aku haramkan untok berjumpa roh aku dan keturunanku terutamanya Mama aku di Padang Masyar sana . Di dunia ? Sorry , sampai mati aku doa supaya tidak berjumpa atau bersua. Jijik Mata aku untok memandangnya ! Apa Apa pun terima kasih Lembaga Hauk Duit Nasionalitas ! Semoga MATI berhadas ! AAMINNNN .

Sumber: Metro / IG IQRAM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here