“Aku buat keputusan yang kejam pada diorang..Aku rasa bersalah”

Isteri kepada penyampai radio Suria FM, Fizi Ali iaitu pelakon Shakilla Koriri kini menerima berita gembira apabila disahkan sedang hamil 4 bulan.

Namun ketika mengetahui perkara ini, Shakilla Koriri mendedahkan dia berada pada satu persimpangan dilema apabila mengetahui dirinya disahkan hamil pada malam sebelum menyertai sebuah pertandingan badminton.

Shakilla menyatakan bahawa dia berasa amat bersalah terhadap bayi dalam kandungannya apabila memilih untuk meneruskan pertandingan badminton berkenaan. Malah, pelakon ini juga memilih merahsiakan kehamilannya daripada suami dan keluarga mereka.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram, Shakilla Koriri mendedahkan perkara ini kepada umum dan berasa amat bersalah terhadap bayi dalam kandungan dan juga keluarganya.

Dia memebuat keputusan untuk merahsiakan perkara itu berikutan bimbang tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan tersebut. Ketika pertandingan berlangsung Shakilla telah timbul rasa bersalah apabila menyedari keputusan berkenaan memberi risiko terhadap kandungannya yang masih baru.

Ini pendedahannya:

“Aku melului sesuatu yang maha hebat di mana aku terpaksa memilih dua perkara penting dalam hidup aku.

“Pada malam pertandingan iaitu 13 Julai lalu aku nekad untuk buat ujian kehamilan. Allahuakbar dua line, dua jam kemudian aku buat lagi sekali. MasyaAllah aku hamil.

“Aku tersepit dengan pertandingan badmintan yang lama aku tunggu dengan macam mana nak beritahu keluarga dan sudah tentu suami”

“Aku buat keputusan yang kejam pada diorang tapi aku kuatkan hati. Mulut tak henti berdoa dan minta maaf pada budak kecik ni.

“Aku rasa bersalah tapi aku teruskan. Bukan aku cabar kuasa Allah tapi aku tahu Dia memahami keadaan aku”

Shakilla Koriri akhirnya meluahkan rasa syukur apabila kandungannya telah selamat dan menjadi juara dalam pertandingan amal yang disertai bersama rakannya pelakon Faye Kusairi.

Fizi Ali dan Shakilla Koriri disatukan pada 18 Februari yang lepas. Pasangan selebriti ini mengikat tali pertunangan terlebih dahulu pada 16 Julai tahun lepas selepas empat tahun menjalin hubugan cinta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here