Aksi Nabil Cium Tok Ram Live Di Konsert GV6

Hari jadi pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan juga ketua juri bagi program Gegar Vaganza 6 (GV6) telah jatuh pada Ahad 17 Nov semalam.

Keseluruhan penonton di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi buat Tok Ram dan juga suami kepada Datin Alyah.

Tok Ram diraikan dengan sebiji kek yang ditempah khas sempena hari jadinya yang genap berumur 60 tahun. Kelihatan Tok Ram bersahaja dan mengucapkan terima kasih pada semua yang mengigatinya.

Ini komen ucapan dari Dato Ramli MS lagi:

“Terima kasih atas ucapan dan doa semua. Saya sangat hargainya,”

Apa yang menarik perhatian adalah aksi spontan dua hos GV6, Nabil Ahmad dan Jihan Muse kelakar malah Nabil juga sempat mencium pipi serta memeluk Tok Ram sempena hari jadinya itu.

“Selamat hari jadi Tok… Moga panjang umur, murah rezeki dan semoga bahagia kekal abadi,” kata Nabil.

Awal pagi semalam isterinya iaitu Datin Alyah juga turut memuat naik satu status di Instagram, mengirimkan doa Al-Fatihah serta ingatan yang tidak pernah putus buat suami tercinta.

Doa Al- Fatihah yang dikirimkan oleh Alyah buat suaminya:

“Hanya doa yg mampu saya hadiahkan. Dan doa saya tidak pernah putus…buat kamu. Selamat ulang tahun Dato Hj Ramli bin Hj Muhammad Salleh,”

Tak sangka ya.. Tindakan spontan yang dilakukan oleh Nabil itu dihadapan live semasa program konsert GV6 berlangsung. Nampak gaya penonton juga terhibur dengan aksi yang dilakukan oleh Nabil.

Sememangnya Nabil dan Jihan Muse sejak dari dulu selalu mengusik Dato Ramli Ms. Semoga Tok Ram akan sentiasa berada dibawah lindungan Allah dan sentiasa bahagia bersama Datin Alyah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here