Zaman 90an dulu kumpulan Blue memang agak popular setanding dengan Back Street Boys, N’Sync dan Five.
Kini kumpulan Blue telah datang ke Malaysia untuk membuat persembahan live dan antara peminat yang hadir ialah Kilafairy.
Pelakon dan penyanyi ini ada memuat naik satu video ketiak dirinya telah pergi berjumpa dengan kumpulan popular British itu. Kilafairy dilihat cukup teruja apabila diberi peluang bertemu seterusnya mengabadikan kenangan bersama.
Namun begitu, tindakan anak kepada penyanyi, Rohana Jalil ini yang bertindak menutup ruangan komen, seolah-olah tahu video yang dikongsikan itu bakal mengundang kecaman netizen.
Dapat dilihat, Kila memeluk dan mengucup pipi setiap anggota Blue yang baru sahaja membuat persembahan di Kuala Lumpur.
Ini komen Kilafairy menerusi captiond i video berkenaan>
“So… i’ve been performing their songs since i was a kid. YUP i was on stage since i was 9 years old. So yeah that’s that. I can’t type right now, im dying. STARSTRUCK @officialblue SHOUT OUT TO @kcnfriends”
Ini videonya:
Kemungkinan akibat terlalu teruja bertemu boyband kegilaan zaman remaja 90-an,Kilafairy terlepas buat aksi sedemikian.
Apapun, sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton hampir 10,000 kali.
Kumpulan Blue dianggotai oleh Antony Costa, Duncan James, Lee Ryan dan Simon Webbe. Antara lagu popular ialah seperti All Rise, If You Come Back dan One Love.
Blue juga pernah berkolaborasi dengan Elton John membuat lagu yang ,encetuskan fenomena iaitu Sorry Seems To Be The Hardest Word.