Akibat Skandal, Bayi Jadi Mangsa

Seorang bayi perempuan yang baru sahaja berusia tiga minggu meninggal dunia selepas enam hari dirawat di hospital kerana dicekik, ibunya bayi itu pula kritikal kerana ditikam dengan menggunakan pemutar skru di sebuah apartmen di Batu Caves, Gombak, 14 November.

Bayi malang tersebut disahkan meninggal dunia jam 4.30 pagi, 19 November lalu semasa mendapat rawatan di Hospital Selayang, manakala keadaan ibunya masih dalam keadaan kritikal.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat pihaknya telah menerima kes berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 7 pagi lalu.

Kenyataan dari Ketua Jabatan Siasatan lagi:

“Dalam kejadian ini, wanita berusia 42 tahun parah selepas ditikam menggunakan pemutar skru di belakang kepala, manakala bayinya dicekik.

“Susulan itu, kami menahan dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 19 hingga 27 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian ini pada hari sama (kejadian),”

“Suspek dikatakan bertindak sedemikian kerana berang dengan mangsa yang menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya hingga melahirkan anak.

“Kami turut merampas pemutar skru yang digunakan suspek menikam mangsa di lokasi,”

“Suami suspek berusia 27 tahun yang juga ahli perniagaan pula direman selama tujuh hari bermula 17 hingga 23 November untuk membantu siasatan.

“Sebelum ini, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Namun, kematian bayi itu menyebabkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”

Menurut hasil siasatan telah mendapati bahawa seorang wanita berusia 25 tahun yang merupakan isteri kepada skandal mangsa bersama dengan pembantu rumah telah pergi ke rumah mangsa sebelum menyerang mangsa kerana mangsa telah  menjalinkan hubungan dengan suaminya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here