AKHIRNYA Zamani Slam Tampil Beri Kenyataan Rasmi

Peserta Gegar Vaganza musim kelima iaitu Zamani dari kumpulan Slam tampil memberi kenyataan tentang isu dirinya diam seribu bahasa di atas pentas ketika konsert minggu kelima Ahad lalu.

Melalui laman IG miliknya, Zamani teah membuat permohonan maaf kepada semua kerana gagal menyanyi. Zamani sempat berterima kasih di atas sokongan semua pihak termasuk penaja Aliff Syukri yang memberi imuniti kepada Zamani untuk beraksi pada minggu depan.

Ini kenyataan dari Zamani di laman IG miliknya semalam:

“Maaf kepada semua kerana tak dapat menyampaikan lagu ini pada malam konsert ke5. Terima kasih pada semua atas sokongan padu yg diberikan pada malam itu @abgadeksuperfans_official.

“Terima kasih tak terhingga pada @aliffsyukriterlajaklaris diatas pemberian imuniti dan juga pada juri2 @tokram_ramlims, ibu kathy & @emyliadac juga pada @jihanmuse @nabilzira.

“Terima kasih team produksi #gegarvaganza5 @gegarvaganzaofficial yg menjaga saya selama ini dan pada semua peserta #gv5 yg seperti keluarga dan tak pernah putus memberikan sokongan dan dorongan selama ini. Terima kasih atas doa2 anda semua.

Sementara itu Zamani juga sempat belanja video nyanyian ketika check suara sebelum malam pertandingan berkenaan, ternyata suaranya amat merdu sekali.

View this post on Instagram

Maaf kepada semua kerana tak dapat menyampaikan lagu ini pada malam konsert ke5. Terima kasih pada semua atas sokongan padu yg diberikan pada malam itu @abgadeksuperfans_official. Terima kasih tak terhingga pada @aliffsyukriterlajaklaris diatas pemberian imuniti dan juga pada juri2 @tokram_ramlims , ibu kathy & @emyliadac juga pada @jihanmuse @nabilzira. Terima kasih team produksi #gegarvaganza5 @gegarvaganzaofficial yg menjaga saya selama ini dan pada semua peserta #gv5 yg seperti keluarga dan tak pernah putus memberikan sokongan dan dorongan selama ini. Terima kasih atas doa2 anda semua….?????? Video credit : @aalan_ahmad #zamanislam #zamanislam_official #inderaentertainment #gegarvaganza5

A post shared by ZAMANI SLAM OFFICIAL INSTAGRAM (@zamanislam_official) on

 

Malah di ruangan komen rata-rata peminatnya terpesona dengan nyanyiannya itu. para follower juga mengucapkan agar Zamani kembali sihat sepenuhnya untuk terus beraksi di minggu depan.

Setelah diberi imuniti, Zamani telah diberi tugasan untuk menyanyikan lagu Hapus Aku dari kumpulan Nidji.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here