Selebriti popular tanah air Zizan Razak memuatnaik satu foto menunjukkan seorang wanita di sisinya. Ramai yang melihat foto ini tertanya-tanya siapakh gerangan wanita ini.
Akhirnya Zizan telah mendedahkan wanita inilah menyanyi bersamanya dalam lagu terbarunya berjudul “Kau Tak Kan Tahu” Nama wanita meisteri ini ialah Melda Ahmad.
Zizan yang baru sahaja memenangi Artis Komedi paling Popular di ABPBH telah berkongsi hal berkenaan di laman sosial Instagram miliknya. Zizan menjawab pertanyaan netizen terhadap suara merdu wanita yang menyanyi bersama nya dalam lagu “Kau Tak Kan Tahu”.
Ini tulis Zizan Razak:
“Assalamualaikum semua. Kepada yang tertanya-tanya siapakah penyanyi Kau Takkan Tahu. Jadi hari ini Zizan kenalkan inilah orang yang bersuara merdu itu @meldahmad sopan santun budi pekerti lagi. Doakan supaya beliau dimurahkan rezeki lagi. Amin”
Lagu dan muzik video nyanyian Zizan berjudul Kau Takkan Tahu telah mula dilancarkan pada Jumaat lalu kini mendapat lebih 300,000 tontonan dan trending di Youtube Malaysia.
Sementara itu, rata-rata netizen memuji suara lunak nyanyian Melda Ahmad dan yang beri berpendapat wajah penyanyi berkenaan seiras dengan penyanyi dan pelakon popular Ayda Jebat.
Disamping itu, ada segelintir netizen yang telah mengenali Melda Ahmad sebagai seorang artis yang pernah mencipta nama sekitar tahun 2010. Melda pernah mempunyai lagu berjudul Kimia, Putus, Aku Adalah Aku dan membintangi drama bersiri Gadis Semasa Sunsilk.