Akhirnya Setelah 9 Tahun Pendam, Siti Nordiana Dedah Punca Penceraian Dengan Bekas Suami

Siti Nordiana kini semakin popular setelah berjaya bergelar juara dalam rancangan realiti TV Gegar Vaganza musim ke-2. Nama penyanyi ini mula melonjak naik dan kini mempunyai ramai peminat setia.

Semakin berjaya di dunia seni tanah air, ramai yang mula bercerita tentang hal peribadinya. Umum tahu bahawa Siti Nordiana pernah berkahwin dan telah bercerai dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusup.

Setelah lama memendam perasaan, Siti Nordiana yang lebih mesra disapa Nana kini bersedia berkongsi kisah di sebalik krisis rumah tangga sehingga menyebabkan dia dan bekas suami bercerai.

Siti Nordiana dan Faizal telah bernikah pada 29 April 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang lahir pada tahun 2008 dan diberi nama Muhammad Rayyan Nakhaie.

Menerusi laporan dari Utusan Online, Nana berkata sehingga hari ini, belum ada seorang pun benar-benar tahu punca sebenar mereka berdua bercerai setelah selama lebih tiga tahun bersama.

Melalui buku biografinya berjudul “Life Goes On”, Siti Nordiana tekad bercerita tentang hal berkenaan. Buku ini ditulis oleh Siti Nordiana sendiri malah dia telah menangis apabila mengenang kembali pengalaman bersama berkas suaminya itu.

Ini komennya tentang pendedahan nya menerusi buku “Life Goes On” itu:

“Saya dan Faizal diijabkabulkan pada 29 April 2006 dan anak tunggal kami, Muhammad Rayyan Nakhaie lahir pada 21 Mac 2008, kira-kira dua tahun selepas bergelar suami isteri.”

“Namun pada tanggal 14 September 2009, sebaik talak dilafazkan arwah terhadap saya, maka terlerailah ikatan sah yang sebelum ini menyatukan kami sebagai pasangan kelamin.”

“Sepanjang proses perbicaraan yang akhirnya menjurus kepada perceraian kami, cuma sekelumit kebenaran dikongsi dan didedah sehingga ke pengetahuan umum. Selebihnya hanya kami berdua yang tahu”

“Saya berasa amat hiba dan sebak tatkala mengingat kembali masa lalu. Saya tidak sangka akan tempuhi dugaan seberat itu dan Alhamdulillah, berjaya juga laluinya.”

“Sebanyak 80 peratus rahsia rumah tangga yang disimpan rapi selama ini, turut saya kongsikan.”

“Bakinya tidak perlu didedahkan demi menjaga hati banyak pihak termasuk keluarga bekas mentua”

Sekiranya nak tahu dengan lebih lanjut, apa yang Siti Nordiana luahkan itu, korang kena lah beli dan baca sendiri buku berkenaan ye.

Sumber: Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here