AKHIRNYA Safawi Rashid Beri Komen Tentang Isu Tukar ‘Awek’ Macam Tukar Baju…

Ketika ini, pemain Harimau Malaya yang juga pemain terbaik Liga Malaysia iaitu Safawi Rashid, boleh dikatakan sedang mengecap populariti di kemuncak kariernya.

Malah dek kerana populariti yang dikecapinya, Safawi rashid sebelum ini pernah dikatakan mejalin hubungan cinta dengan beberapa orang selebriti wanita, bukan sebarangan, semua cantik dan ‘hot’ belaka.

Antara nama artis yang pernah digosipan dengan Safawi Rashid ialah Wani Kayrie, Sweet Qismina, Anim Ezati dan Ruhainies.

Namun Safawi rashid sering abaikan perkara ini dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.

Menerusi sebuah entri di Twitter, seorang pengguna Twitter memuat foto Safawi Rashid bersama beberapa selebriti tempatan dan mendapat reaksi dari orang ramai, hingga ada yang menyatakan dia menukar teman wanita seperti menukar baju.

Melihat perkara ini menjadi viral dan bualan ramai, akhirnya pemain sayap kiri Harimau Malaya ini tampil memberi respon. Safawi menerusi laman Twitternya menyatakan bahawa janganlah diungkit perkara yang lepas.

Ini respon dari Safawi tentang hal ini: “Yang lama jangan diungkit. Thank you boskur.”

Di ruangan komen rata-rata pemiant nya berharap agar Safawi Rashid tidak mempedulikan komen yang diberikan oleh orang ramai dan netizen tentang kisah peribadinya sebaliknya fokus pada perlawanan di Piala AFF Suzuki.

Dalam kempen Piala AFF Suzuki untuk separuh akhir pertama, Malaysia sekadar mencatat keputusan seri 0-0 dengan Thailand selaku naib juara Kumpulan A pada 1 Disember lalu di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sementara itu, perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsung di Stadium Rajamangala, Thailand pada 5 Disember, Malaysia terikat 2-2 dan berjaya layak setelah dikira away gol rules.

Pasukan bola sepak Malaysia yang diketuai oleh Zaquan Adha akan menentang pasukan Vietnam di peringkat final.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here