Akhirnya Lelaki Merakam Video Tular ‘Kenduri Kepala Kambing’ Ditahan Polis

0
4981

Seorang lelaki yang merakam video ‘kenduri kepala kambing’ dan mempertikai Perintah Kawalan Pergerakan di Langgar telah ditahan polis di Alor Setar petang tadi.

Lelaki berusia 49 tahun tersebut yang merakam video menggunakan telefon bimbitnya dikesan selepas pihak berkuasa mendapat maklumat berkaitan rakaman berkenaan.

Terdahulu, polis telah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan video tular seorang lelaki mempertikai Perintah Kawalan Pergerakan menghubungi pihak berkuasa segera.

Video yang berdurasi 57 saat menunjukkan lelaki itu sedang merakam video menunjukkan suasana di sebuah rumah yang didatangi orang ramai termasuk menikmati hidangan kepala kambing.

Difahamkan, suspek ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar dan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin yang dihubungi, mengesahkan tangkapan dan memaklumkan satu sidang media akan dibuat malam ini.

SUMBER: BERITA HARIAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here