Mira Filzah menjadi tumpuan dengan ayat baby sayang. Akan tetapi ada perkara buruk yang berlaku melibatkan ayat berkenaan.
ternyaat pelakon dan pengacara popular ini amat berang dengan tindakan seorang lelaki yang menembak seekor monyet gara-gara tidak memanggilnya baby sayang.
Ini tulis Mira Filzah: “Ini adalah perkara paling bodoh saya pernah lihat.”
“This is the stupidest thing ive ever seen. Who is this guy?!”
Sebelum ini ada tersebar video tentang seorang lelaki yang telah melepaskan tembakan menggunakan sepucuk pistol sebelum haiwan tersebut kelihatan terkulai layu.
Lelaki tersebut menyatakan, “Lain kali cakap baby sayang. Dia tak nak cakap baby sayang.”
Namun begitu, tidak dapat dipastikan lokasi kejadian dan nasib monyet tersebut.
Menurut Ken, pengguna Twitter yang memuat naik video berkenaan, dia daapt video berkenaan melalui WhatsApp.
“Terkejut bila dapat video tu. Saya harap kalau netizen kenal budak tu, tolong ‘sekolahkan’ sikit,”
Panggilan Baby Sayang mula dipopularkan oleh Mira Filzah sebelum ini mendapat perhatian dari netizen.
Masing-masing mencubanya dengan pasangan masing-masing kerana dianggap sebagai panggilan yang sangat comel dan manja.
Aakn tetapi, lelaki tak berhati perut itu tak pasal menjadikan monyet sebagai mangsa, memang tak guna.
Sumber: twitter MF