Akaun Twitter Hishammuddin Like Video Tak Senonoh, Ini Penjelasan Dari Beliau

Zaman kini, laman media sosial amat penting termasuk kepada para ahli politik. Selain laman media Facebook dan Instagram, laman media sosial Twitter turut sering diguna pakai oleh ahli politik sebagai tempat menyampaikan perkembangan terkini, pandangan peribadi.

Ianya juga dilihat sebagai medium paling sesuai untuk mendekati golongan muda menerusi media sosial.

Antaar ahli politik yang popular menggunakan Twitter ialah Syed Saddiq, Khairy Jamaluddin, Nurul Izzah dan ramai lagi.

Semalam, jadi kecoh di laman sosial itu apabila akaun Twitter bekas Menteri Pertahanan iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilihat telah like beberapa video tak senonoh.

Kejadian berkenaan lantas menjadi bualan dan buah mulut para netizen yang tidak menyangka perkara sedemikian boleh terjadi.

Dengan tajuk yang melampau, video berkenaan menampilkan seorang wanita dengan berpakaian tak senonoh di dapur selain penampilan seorang lagi pelakon. Turut di-‘like’ adalah satu lagi video dipercayai bertarikh 9 Ogos 2015.

Kemunculan tanda ‘like’ yang dibuat oleh akaun Twitter berkenaan kepada video tersebut membuatkan para netizen tertanya-tanya dan mahu penjelasan dari Dato Seri Hishammuddin yang merupakan antara pemimpin yang disegani rakyat.

Apabial dihubungi pihak media, Ahli Parlimen Sembrong itu membuat kenyataan bahawa akaun Twitternya yang mempunyai lebih 900 ribu pengikut itu telah digodam (ke hack).

Ini komennya:

“Hacked. My boys are on it, At least I am still relevant”

“Kena hacked. Orang-orang saya sedang menyiasat mengenainya. Sekurang-kurangnya saya masih relevan.”

Mesej itu turut disertakan dengan emoji gelak ketawa. Respon berkenaan ditulis oleh Hishammuddin menerusi aplikasi Whatsapp kepada pihak media.

Bekas naib presiden Umno itu dikatakan mempunyai staf untuk mengendalikan akaun laman sosial rasmi miliknya. Ketika ini, video berkenaan dilihat telah pun hilang dari akaunnya tidak lama kemudian, malahan sumber asal video tersebut turut dipadamkan.

Sumber: The Star

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here