“Akan Selalu Dgn You Tak Kira You Di Atas Ke, Bawah Ke, I Akan Tetap Dengan You,”

Umum sudah pun tahu tentang status pelakon Eyra Hazali yang sudah pun selamat menjadi isteri kepada penjaga gol skuad JDT ini iaitu Haziq Naszli.

Jika sebelum ini Eyra ada mendedahkan bahawa dia terpaksa berpisah seketika dengan suaminya sejurus selepas empat hari pernikahan mereka kerana tuntutan kerja suaminya itu.

Terbaru apabila pasangan merpati sejoli ini dilihat memuat naik video ikrar romantis buat mereka berdua selepas dinikahkan:

“I berjanji akan jaga you.”

“Akan selalu dengan you tak kira you di atas ke, bawah ke, I akan tetap dengan you,”

“Terima kasih dengan ada dengan I walaupun ketika di waktu sukar. InsyaAllah kita akan kekal begini hingga ke jannah.

“I hanya harapkan you untuk membimbing I sampai ke syurga,”

Suami Eyra Hazli menitipkan kata-kata romantis buat isterinya dengan berjanji akan menjaga isterinya dan juga akan berada disampingnya tak kira dia dia bawah mahupun di atas dia akan tetap bersama isterinya.

Manakala Eyra Hazali pula menitipkan ucapan balas buat suaminya dan berterima kasih kerana masih tetap bersama dirinya sekalipun dimasa yang sukar.

Pelakon ini juga berharap bahawa suaminya dapat membimbing dirinya sampai ke syurga.

Pelakon yang popular menerusi drama MR. Grey ini telah pun dinikahkan dengan sekali lafaz pada 1 November 2019 lepas di Masjid As Syakirin, KLCC.

Ketika majlis tersebut, pihak pengantin lelaki telah memberi  mas kahwin RM3,001 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11.

Pasangan ini tidak menyatakan wang hantaran kepada pihak media kerana  atas permintaan keluarga.

Pasangan ini juga telah mengadakan majlis resepsi istimewa khas buat keluarga serta sahabat handai yang rapat. Semoga perkahwinan pasangan ini akan kekal bahagia selalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here