Ajak Shiro sumbang wang kemenangan MLM2018 kepada Ebby Yus.. Mulianya hati Ajak ni

Baru-baru ini, kumpulan Shiro telah bergelar juara MLM 2018. Sekaligus, dua ahli kumpulan Shiro membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000.

Dalam perkembangan terbaru, sebak dengan berita keadaan terkini Ebby Yus yang sedang menderita akibat komplikasi jantung dan buat pinggang, pelawak Ajak (Shiro) memberitahu dia sedang dalam usaha mengumpulkan dana bagi membantu meringkan beban selebriti senior berkenaan.

Pelawak berumur 33 tahun berasal dari Johor ini berkata, dia juga sudah mengutarakan idea itu kepada rakan-rakan selebriti dan para pelawak yang lain dan rata-rata bermurah hati untuk turut sama menyumbang kepada Ebby Yus.

Dalam pada itu, Ajak atau Mohamad Hanafi Razak, turut memberitahu dia juga akan menyumbangkan sebahagian wang kemenangannya menerusi pertandingan Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) minggu lalu untuk disalurkan kepada Ebby Yus.

Ajak juga terharu apabila rakan-rakan seperjuangan dalam MLM2018 seperti Taman, Zero dan Bocey turut berniat melakukan perkara sama, memberi sumbangan buat Ebby Yus.

Ini komen Ajak:

“Ebby Yus bukan sahaja seorang pelakon dan pelawak berbakat besar malah sudah kami anggap sebagai mentor yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami generasi baru.

“Apabila mendapat tahu tentang keadaannya terus kami terpanggil untuk membantu maka timbul idea untuk mengumpul dana daripada rakan-rakan seperjuangan dalam bidang komedi.

“Kami mungkin tidak ramai tetapi Insya Allah apabila kami bersatu hati ia pasti dipermudahkan,”

Di imbas kembali, Ajak bersama Shahrol (Shiro) telah menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega dan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.

Dalam perkembangan Ebby Yus, pelakon berumur 55 tahun ini, sudah setahun tidak bekerja akibat jantungnya kembali lemah selain mempunyai masalah buah pinggang.

Ebby Yus pernah dimasukkan ke hospital pada 2017 kerana mengalami lemah jantung.

Sebelum ini, Ebby Yus pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 1998 selain dimasukkan ke hospital sekitar 2015 dan 2017 akibat masalah sama.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here