Usahawan berstatus instafamous, Nur Sajat memang satu nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Populariti yang diraih oleh Nur Sajat boleh dikatakan telah mengalahkan selebriti. Ini ditambah lagi dengan kemunculan Sajat sebagai penyanyi menjadi bualan ramai terutama lagu terbaru ‘Bobo Di Mana’ bersama Datuk Seri Aliff Syukri dan artis seberang, Lucinta Luna.
Walaupun pelbagai kontroversi melanda dirinya, ramai yang mengagumi Sajat di atas pencapaiannya sebagai usahawan yang berjaya. Bermula dengan memperkenalkan produk kecantikan, bengkung, kini Sajat mempunyai perniagaan emasnya sendiri. Nur Sajat terus maju dan semakin mengorak langkah dalam bidang perniagaannya.
Baru-baru ini, menerusi laman media sosial Instagram, Nur Sajat kongsikan bahawa syarikat penerbangan tambang murah popular iaitu AirAsia memilih produk jenamanya serta menjalin kerjasama untuk membekalkan produk bengkung kepada kru-kru penerbangan.
Nur Sajat telah melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada AirAsia di atas kepercayaan tersebut dan sangat teruja kerana produk jenamanya akan terbang ke awan biru. Dedah Sajat lagi, produknya itu akan diedarkan kepada semua kru penerbangan Air Asia Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, India, Jepun dan Thailand.
Ini tulis Sajat: “Wahh…. terbaik lah!!!! Lepas ini AIR ASIA DAN AIR ASIA X akan memakai LETS BENGKUNG DIAMOND GOLD DAN LETS GIRDLE TONGGEK FUHH!!! TERBAIK LAH!!! HAPPY HAPPY SANGAT2!!! bila AIRASIA HIRE NUR SAJAT BER COLLABORATION BERSAMA DENGAN AIR ASIA!!! AMIN AMIN AMIN!!! Yang penting LET’S CANTIK JANGAN MENGATA”
Memang murah rezeki Sajat ni. Semoga sukses selalu.