Aiman Kesal Kawan Baik Curi Ribuan Ringgit

Akibat terlalu percaya dengan kawan baik baik, penyanyi Aiman Tino telah menjadi mangsa sampaikan dia sudah tidak percaya dengan orang sekelilingnya lagi.

Penyanyi ini menceritakan tentang kawan baik yang dikenali sejak sekolah lagi telah bertindak mencuri wang miliknya dengan jumlah ribuan ringgit tanpa dia sedari.

Aiman menceritakan semula pengainayaan yang dilakukan oleh kawan baiknya itu:

“Sebenarnya saya tak tahu lagi dah nak buat baik macam mana, sebelum ni saya tak pernah berkira, bantu kawan-kawan… bukan nak mengungkit tapi kesal akhirnya ditikam belakang.

“Ada kawan yang rapat dengan saya tergamak curi duit dari akaun bank saya sehingga ribuan ringgit. Dia ambil kad bank saya diam-diam dan keluarkan duit tanpa pengetahuan saya, dari mana dia tahu nombor PIN itu pun saya tak pasti.

“Bila semak semula, baru nampak transaksi tersebut, sebelum itu saya tak perasan duit semakin berkurang sehinggalah ia terbongkar,” 

“Saya tak marah dekat kawan tersebut dan dia pun dah bayar balik duit yang diambil. Sebolehnya saya tak nak memperbesarkan perkara ini sebabnya dia kawan saya dari sekolah rendah.

“Cumanya sekarang ini saya jadi lebih berhati-hati, sampaikan kadang-kadang fikiran jadi negatif sebelum nak percayakan orang.

“Saya anggap ini perkara normal dalam hidup dan saya dah merasa, iyalah sebelum ni jiwa remaja cepat nak memberontak dengan ibu bapa… akhirnya apabila berlaku sesuatu ujian kita kembali semula kepada mereka,” 

Menurut Aiman Tino, dia tidak pasti bagaimanakah individu tersebut boleh tahu pin no. akaun bank miliknya dan tanpa dia sedari dia kehilangan ribuan ringgit dengan sekelip mata.

Jelas penyanyi ini lagi dia tidak mahu memperbesarkan hal ini kerana individu itu adalah rakan baiknya sejak kecil dan memberitahu bahawa wang miliknya juga telah dikembalikan.

Dia turut menyatakan bahawa insiden yang terjadi telah membuatkan dirinya menjadi fikiranya negative namun menurut dia lagi dia kini akan lebih berhati-hati bila melibatkan kepercayaan terhadap seseorang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here