Aiman Hakim Ridza terbang ke Perth jumpa bapa Zahirah MacWilson

Aiman Hakim Ridza kini sedang dilamun cinta dengan Zahirah MacWilcon, pasangan yang sama cantik dan sama padan.

Menerusi satu laporan, pelakon kacak ini akan bertemu bapa kekasihnya itu iaitu Zainol MacWilson di Perth, Australia pada awal bulan Ramadan.

Aiman berkata, urusan tersebut juga bagi membincangkan tentang hubungan mereka ke untuk lebih serius dan ke fasa yang seterusnya.

Ini komen Aiman Hakim Ridza tentang hal berkenaan:

“Kami ke sana untuk ‘benda baik’. Insyallah jika bertunang, kahwin ini adalah benda yang bagus, doakanlah benda yang baik,”

Pelakon ini berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Ramadan Astro 2019 di Bukit Jalil pada malam Selasa.

Alang-alang sudah ke negara berkenaan, Aiman Hakim Ridza juga berkata dia juga akan menjalani penggambaran di beberapa lokasi di negara Australia itu.

Sementara itu, memberi respon tentang kenyataan Zainol terhadap dirinya, Aiman Hakim Ridza menganggap tindakan itu hanya untuk melindungi anak perempuannya sahaja.

Jelas Aiman, dia faham dengan tindakan Zainol itu, maklumlah Zainol merupakan seorang bapa yang sangat bertanggungjawab dan amat sayangkan Zahirah.

Ini jelasnya tentang komen Zainol itu:

“Sebenarnya kami sudah berjumpa dua tiga kali sebelum ini. Saya memahami mungkin sebagai seorang bapa, beliau menjadi seorang yang sangat ‘protective’.

“Kerana dia juga membesarkan Zahirah dengan penuh kasih sayang. Jadi sebagai seorang bapa, dia hanya menjaga anak perempuannya dan saya faham perkara itu.

“Malah, saya amat mengagumi bagaimana cara beliau menjaga Zahirah. Saya harap saya juga dapat menyayangi Zahirah seperti mana beliau menyayangi anak perempuannya,”

Sebelum ini, Zainol ada mengatakan pasangan berkenaan perlu berjumpanya untuk meminta restu sebelum membawa hubungan percintaan itu ke fasa seterusnya.

Zainol MacWilson kemudiannya, telah meminta maaf atas kenyataannya itu sekiranya ia membuatkan ada pihak yang tersinggung.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here