Adegan panas tak senonoh dalam drama Nur 2 jadi viral, ini komen Shafiq Kyle

Semalam bermulalah drama yang amat dinantikan oleh peminat drama Melayu tanah air apabila Nur 2 mula ditayangkan.

Pelakon Syafiq Kyle berkata, dirinya sudah sentiasa bersedia untuk menerima kritikan daripada penonton drama Nur 2 yang mula ditayangkan pada Selasa (2 April 2019).

Apatah lagi, dikatakan ada adegan panas yang bakal ditonjolkan di dalam drama berkenaan.

Bercerita tentang aksi panas dalam drama Nur 2, Syafiq Kyle yang memegang watak utama iaitu Ustaz Adam berkata, adegan panas yang bakal ditonton peminat drama itu tidaklah terlalu keterlaluan.

Ini komen Shafiq Kyle:

“Untuk cerita Nur2 ni tak adalah advance mana pun, kami tahu batas siaran televisyen. Kalau buat untuk siaran internet mungkin kita dah buat dah (aksi panas)”

Syafiq Kyle atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak juga mendedahkan penonton bakal disajikan dengan pelbagai adegan yang tidak pernah terjangka oleh sesiapa dalam drama ini termasuklah beberapa adegan mesra yang mula tular sejak beberapa hari lalu.

Ini komen dari Shafiq Kyle:

“Orang akan geram, orang akan kecam, ustaz Adam sendiri dan juga Nur juga akan dikecam”

“Nur 2 ni sangat compact dengan story yang tak bosan. Bila ada scene seperti ini dibuat, pada pendapat saya mungkin ramai yang tak setuju, tapi kita berada pada tahun 2019, orang bukan sahaja tengok tv3, tetapi banyak tv lain, banyak flix kat Malaysia ni”

“Untuk cerita Nur ni takdelah advance mana pun, tahu limit kat mana”

“Scene itu membantu story, satunya scene tu ada point, point apda mulanya ustaz Adam bertemu Juita”

Ini video temubual Shafiq Kyle (menerusi mStar)

Nur 2 akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here