“Ada ustaz kata boleh guna wang itu..” – Setelah mufti beri komen, Ini respon balas lelaki berkenaan

Umpama rezeki, seorang peniaga pakaian bundle jadi viral kerana menjumpai wang tunai bernilai RM 20 ribu di dalam guni bundle yang dibeli olehnya.

Namun, banyak persoalan mula timbul tentang adakah boleh guna duit berkenaan. Mufti kelantan ada membuat kenyataan supaya memulangkan semula duit itu dan diserahkan kepada Baitulmal.

Namun kata lelaki berkenaan, dia sudah ada berjumpa dengan ustaz dan ada yang mengatakan ia boleh digunakan.

Ini komen lelaki berkenaan:

“Saya sudah merujuk kepada beberapa ustaz, guru pondok dan ahli agama untuk mengetahui hukum menggunakan wang itu dan ada yang memberitahu boleh menggunakan wang berkenaan.

“Namun, setakat ini saya masih mencari jawapan yang pasti dan tidak menggunakan wang itu,”

Lelaki berkenaan bernama Wan Mohamad Adam Wan Mohamed yang kini berumur 29 tahun.

Wab Mohamad Adam telah menjumpai wang tunai sebanyak 550,000 yen (RM20,755.84) dalam guni bundle pada 8 malam Sabtu lalu.

Sejak itu, dia berkata sudah berjumpa beberapa orang ustaz dan bertanya penemuan wang dalam guni bundle yang sudah dibeli dengan lafaz akad jual beli.

Katanya, bundle berkenaan dibeli dengan harga RM50 daripada pemborong dan dia tidak mengetahui isi keseluruhan dalam guni berkenaan.

Ini jelasnya lagi:

“Namun selepas dibuka baharu saya temui wang itu hingga ia tular dan mendapat reaksi positif serta negatif daripada orang ramai.

“Jadi sejak semalam, saya tidak membuka laman Facebook kerana tidak sanggup membaca kecaman netizen.

“Saya juga dimaklumkan oleh ibu saudara dan ahli keluarga berhubung kenyataan Mufti Kelantan supaya wang yang ditemui itu diserahkan kepada Baitulmal,”

Menurutnya, kerana terlalu banyak komen netizen membuatkan ahli keluarganya berasa risau walaupun dia sebenarnya tidak membuat kesalahan.

Difahamkan, Wan Mohamad Adam telah pun sudah menukar sebanyak 450,000 yen kepada Ringgit Malaysia yang berjumlah RM16,800 dan selebihnya disimpan untuk buat kenangan.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad mengulas perkara itu berkata, wang yang ditemui itu tiada pemilik dan ia perlu diserahkan kepada Baitulmal untuk kegunaan umum.

Sumber: Harian Metro

2 COMMENTS

  1. bukan nk ckp ap just tu rezeki dia. klau dia nk sedekah @ serah pada yg berhak tu hak dia. klau dia letak pada pusat zakat @ baitulmal adakah smua org kurang senang akn dpt? hahaha sedangkan masih bersepah org kurang senang di malaysia. tp pusat zakat sibuk berlumba kumpul penyata. ble datang kata susah kau inspection org tu dekat 1 bulan. kau tau ke shari sblom naik pusat zakat ap yg dia makan? ap yg dia bg anak bini dia makan. susah ke nk bg bantuan pada yg memerlukan. ke zakat ni utk kroni sahaja? ok settle utk duit org susah. skang ni mufti2 mmg kna ckp bnda2 mcm ni je ke? maksiat berleluasa, gay, lesbian, tukar kelamin, hina agama, dmana pergi mufti? ap smua ni? ni malaysia negara islam kan? islam itu mudah.

    • sungguh benar apa yang dikata…. mufti ke baitumal ke bab duit idup je nyawa masing2… bukan di kelantan saje,negeri lain pon banyak lagi masalah lain yg patut ditegur… tapi buat senyap ,bodoh! tuli! mmg bukan semua tapi tetap ramai munafik! kes bodoh2 , kes yg boleh bawak keuntungan/pangkat, kacau periuk nasi org,cukup rajin nak buat…jangan sampai malaysia kene ”tegur”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here