“Ada pakcik ni buat muka menjengkelkan sangat dengar Hanis Zalikha muntah”

Hanis Zalikha kini sedang hamil anak keduanya. Pelakon ini ada berkongsi satu kisah pengalaman berdepan pandangan negatif masyarakat yang tidak faham dengan alahan terpaksa dilalui oleh wanita yang sedang mengandung.

Isteri tersayang kepada pelakon Hairul Azreen ini berkata, peristiwa dia alami muntah-muntah di tandas kafe ketika bersarapan pagi telah mengundang rasa kurang senang segelintir pelanggan dan pekerja restoran berkenaan.

Hanis berkata, selepas keluar dari tandas tersebut, dia mula menyedari pekerja dan beberapa pelanggan memberi pandangan seolah-olah tidak puas hati kepadannya.

Malah, menurut Hanis, suaminya memberitahu terdapat seorang pelanggan meluahkan rasa marah apabila mendengar bunyi muntah tersebut. Bagaimanapun, Hanis berkata, tindakan suami yang bangun dan mempertahankan dirinya daripada menerima hinaan itu menimbulkan rasa bangga dan terharu.

Ini luahan hati dari Hanis Zalikha:

“I am in my second trimester. Perut dah besar. Tapi masih loya teruk. Tadi baru lepas muntah pagi dan tiba-tiba teringat satu kejadian waktu mengandungkan Yusuf dulu.

“Ada satu pagi tu, kitorang on the way pergi office, dan setiap kali pergi office kami akan singgah satu cafe ni untuk sarapan sebelum masuk kerja. Jadi kami pun order makanan yang biasa kami makan dan mula bersarapan. Dah nak selesai macam tu Hanis mula loya balik. Ya Allah cuba tahan taknak muntah (sebab sayang makanan dan taknak lemah satu badan lepas muntah), tahan punya tahan tapi lari jugak ke tandas cafe tu.

“Dan buwekkkkk keluar segala isi perut. Sambil air mata mengalir. Dalam 5 minit berbuwek buwek, selesai episod duka lara dalam tandas, terus cuci mulut, betulkan tudung dan keluar buat macam biasa. Pastu duduk dan tunggu suami habis makan. Time ni dah tak larat nak makan apa2 dah.

“Tertoleh ke kiri nampak staff situ (warga asing) macam pandang tapi bukan macam pandangan biasa. Tanyalah suami ayang kenapa staff tu pandang I macam lain. Taktau nak cakap lain camne tapi memang lain. Pastu suami cakap takde apa2. Tapi tak puas hati, tanya dia banyak2 lagi.

“Finally dia cerita time Hanis muntah, kedengaran juga dari luar sebab tandas dalam cafe kan. (Omg malunyaaa). Pastu ada pakcik tua ni buat muka annoyed sangat2 selama kedengaran Hanis muntah tu. Pastu time dia bayar kat cashier dia bising2 sampai satu cafe dengar, dia cakap “apeni saya makan kat sini bayar, bukan nak dengar orang muntah2!” (Something along the line tapi memang unpleasant to hear).

“So my husband walked up to him and said “ye abang, kenapa? Minta maaf ya yang muntah tu isteri saya dan dia mengandung”. Terus pakcik tuh macam “takdelah *mumble2*” dan berlalu pergi.

“Bila-bila terkenang balik kejadian tu, baru faham sendiri maksud: Suami adalah pelindung. Walau dalam ketiadaan kita dia melindungi kita.

Itulah pengalaman dari Hanis Zalikha. Untuk pengetahuan, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha telah bernikah pada Jun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Yusuf Iskandar yang kini berumur dua tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here