Ada “duit berterbangan” ketika persembahan Di Matamu di AJL, ini bukti Sufian Suhaimi

Masih lagi belum habis dan tak putus-putus orang ramai memberi respon tentang persembahan Sufian Suhaimi di Anugerah Juara Lagu edisi ke-33 lalu menerusi lagu berjudul Di Matamu.

Hadir dengan persembahan melibatkan kain putih, chandelier dan juga pelamin perkahwinan, Sufian Suhaimi sudah pun memberikan reaksi terhadap maksud sebenar metafora yang dipersembahkan dalam lagu berkenaan ketika bertanding di AJL.

Akan tetapi, masih ada netizen yang mempunyai mata tajam dan terjumpa perkara lain pula, lantas ianya menjadi viral. Ianya tentang gambar duit berterbangan di latar belakang.

Dikatakan, kelopak bunga yang terpecah lalu dikatakan berterbangan sebenarnya mempunyai bentuk seperti duit yang berterbangan di latar belakang ketika Sufian Suhaimi sudah hampir duduk di atas pelamin seorang diri.

Tidak mahu ada pihak yang terus membuat spekulasi yang salah, akhirnya pasukan Sufian Suhaimi yang merancang persembahan berkenaan telah tampil memberikan penjelasan berkenaan isu berkenaan.

Malah ada satu video bukti yang turut dikongsikan Sufian Suhaimi dilaman media sosial Instagram.

Ini penjelasan dari Sufian Suhaimi:

“Duit berterbangan? Ini video penjelasan dari @the_calla , @aizatrush dan @the.affiliates. Grafik pada akhir persembahan sebenarnya adalah gambaran bunga yang berterbangan hingga kosong.

“Mungkin pecahan bunga itu berbentuk petak dan warnanya yang cerah membuatkan ramai yang melihatnya dari sudut berbeza. Apapun, saya lebih daripada berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh @the_calla and team.

“Semoga pencerahan ini dapat mendamaikan hati-hati yang resah,”

Sumber: Instagram Sufian Suhaimi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here