Lagu rap nyanyian Altimet sering menjadi hits dan bualan ramai. Kalau masih ingat, lagu seperti Kalau Aku Kaya, Kotarayaku, Hello, Amboi dan Bunga memang amat hebat dan sentiasa menjadi lagu rap yang segar di ingatan peminat muzik hip hop.
Namun, menerusi laman sosial milinya, Altimet ada membuat pengumuman bahawa pada malam Khamis adalah hari terakhirnya untuk berada di bilik rakaman sebagai seorang penyanyi Rap.
Penyanyi rap ini berkata, tiada lagu baru yang bakal keluar selain lagu yang sudah dirakamkan dalam simpanannya.
Ini pengumuman dari Altimet:
“Hari terakhir aku dekat dalam bilik ni sebagai seorang rapper. Kalau dengar lagu aku lepas ni, itu bukan rakaman baru, tapi dah lama ada dalam hard drive aku. Aku tutup akaun aku tutup buku aku tutup mulut aku mintak diri dulu”
Rata-rata peminat berkongsi rasa sedih dan berterima kasih kepada penyanyi tersebut yang banyak mengeluarkan lagu-lagu yang memberi makna tersendiri.
Mereka turut mengucapkan selamat jalan dan maju jaya pada penyanyi itu.
Namun begitu masih ada beberapa netizen yang bolehlah dilaebl sebagai haters telah memberi komen yang negatif kepada Altimet.
Salah seorang pengguna laman IG yang menyokong tindakan Altimet yang menganggap dunia hiburan hanya sekadar tempat maksiat. Namun Altimet telah memberi respon membalas bahawa definasi hiburan berbeza dan terdapat ramai pengiat seni yang baik.
Ada juga pengguna yang menulis dan mengatakan bahawa kedatangan dan pemergian Altimet tidak diundang, dan Altimet membalas dengan menulis bahawa dia berada dalam industri selama 19 tahun tanpa menggunakan nama, duit dan usaha orang lain.
Altimet membalas komen-komen negatif netizen.
“Saya tak pandai jadi orang lain, saya cuma tahu jadi diri sendiri, saya tak terkesan pun kalau tak diundang atau dihalau.
“19 tahun dalam gelanggang ini tak bertongkatkan nama, duit atau usaha orang lain. Semua hakcipta album saya milik saya sendiri.
“Cuba tanya semua penyanyi rap kat Malaysia ni siapa yang betul-betul tuan punya lagu mereka, sudah tentu pandangan suara akan berubah”
Manakala, seorang lagi netizen yang mendapat perhatian Altimet apabila mencadangkan dia jual karipap selepas bersara. Altimet menjawab, asalkan ia halal.
Ini antara komen negatif dan jawapan dari Altimet:
Sebelum ini, penyanyi ini mengumumkan untuk melancarkan album terakhir berjudul ‘O’ pada 27 November ini sempena hari lahirnya.
Pada Selasa depan Altimet akan mengadakan pelancaran untuk album terakhirnya.
Sumber: mStar