Pelakon Nabila Huda telah mendedahkan bahawa dia selama ini tidak pernah sekalipun menyambut ulang tahun perkahwinan bersama suaminya. Dia yang telah memuat naik dan berkongsi berita gembira itu dilaman Instagram miliknya.
Tetapi apa yang menarik sempena ulang tahun perkahwinan ke empat pelakon dan juga anak kepada penyanyi lagenda Amy Search turut memberitahu bahawa suaminya telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka dengan mengikut kalendar Islam.
Suaminya telah membuat surprise dengan megajak dia makan malam di restoran di ibu kota dengan hidangan makanan jepun katanya.
Ini antara reaksi yang diberikan oleh Abil:
“Nampak tak muka awkward tu tak tau nak react macam mana sebab tak pernah sambut anniversary! Sebenarnya kami nikah pada 25 Disember, tapi suami saya ikut kalendar Islam dimana tarikh perkahwinan kami telah berlangsung sehari selepas Maulidur Rasul.
“Masa dia explain tu Abil memang tak faham dan keep cakap kami nikah pada 25 Disember, pening tukar-tukar anniversary, sejak tu Abil diam je lah,”
“Dan dia cakap, pakai cantik-cantik saya nak bawa awak pergi dinner, aku pun macam, haaa.. sejak bila pula husband aku ni pandai nak ajak pergi dinner ni, sekali sampai restoran tu, fuhh dinner Jepun wehh.. fine dining! Thank you for tonight love.
“Actually lebih baik macam ni dari tiap-tiap tahun nak surprise, dah jadi tak special juga, lagipun tak sambut anniversary pun tak apa, hari-hari pun boleh sambut di rumah,”
Jelasnya lagi suaminya juga meminta dia berpakaian cantik untuk keluar makan malam bersama sempena ulang tahun perkahwinannya. Pelakon ini juga turut mengucapkan terima kasih buat suaminya di atas surprise tersebut.
Rata-rata respon yang diberikan oleh netizen terhadap Abil dan suaminya ada positf dan mereka mendokan agar pasangan ini dikurniakan rahmat dan berkekalan sehingga anak cucu. Semoga Abil dan suami sentiasa bahagia bersama.