(VIDEO) Abang botak pecah cermin kereta sebab panas hati kena hon.. Dah kena tahan polis

Oleh kerana tidak berpuas hati akibat dihon pemandu sebuah kereta ketika menunggang motosikal, seorang lelaki bertindak kasar apabila memecahkan cermin kereta dengan menghentak helmet ke arah cermin kereta yang menghin dirinya.

Kejadian ini telah dirakam oelh video dari kereta berkenaan.

Dari rakaman video, kejadian dipercayai berlaku di Bukit Serdang, Seri Kembangan pada Rabu lebih kurang pukul 5.50 petang.

Kereta berkenaan telah membunyikan hon membuatkan penunggang motorsikal yang berkepala botak itu berang.

Lelaki itu kemudian telah memberhentikan motosikalnya sebelum mencapai topi keledar dan menghentaknya pada cermin kereta berkenaan.

Perbuatan itu ternyata dilakukannya tanpa menyedari wajahnya dirakam kamera yang dipasang dalam kereta mangsa yang mengekori belakang motosikalnya sejak sebelum kejadian.

Punca mangsa membunyikan hon kerana lelaki itu dilihat berborak dengan penunggang motosikal lain, sekali gus menghalang laluan mangsa.

Rakaman berdurasi lebih kurang tiga minit itu telah tular di media sosial.

Ini videonya:

Bengang kena horn punya pasal..beraya kat penjare la bro tahun ni

Bengang kena horn punya pasal..beraya kat penjare la bro tahun ni

Posted by Besihitam on Wednesday, 29 May 2019

Sementara itu, seorang lelaki Siew Chean Voon yang dipercayai bapa kepada mangsa memuat naik status di Facebooknya mengenai insiden tersebut.

“Dua lelaki Melayu sepanjang jalan berborak. Anak saya sedang memandu dan membunyikan hon ketika melintasi mereka.

“Selepas itu, mereka datang dan memecahkan cermin kereta anak saya. Ia sama sekali tidak mematuhi undang-undang.”

ABANG BOTAK DAH DITAHAN POLIS

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Asmadi Borhan, berkata suspek berusia 30-an yang bekerja sebagai pembantu stor kilang di Balakong, ditahan di tempat kerjanya oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

Polis turut merampas sebuah motosikal dan topi keledar yang dipercayai digunakan ketika kejadian bagi membantu siasatan.

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Petaling Jaya esok mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

“Siasatan lanjut mengenai kes ini masih sedang diteruskan”

Sumber: mStar / BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here