8 FOTO: Joy Revfa Kini Bahagia, Tayang Kekasih Baru

Bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun iaitu Joy Revfa kini sedang berbunga-bunga hatinya apabila dikhabarkan sudah mempunyai kekasih yang baru.

Joy Revfa atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, menerusi instagramnya memuat naik beberapa keping gambar mesra bersama seorang lelaki yang dikatakan kekasih barunya itu yang bernama Faiz.

Malah, menerusi sebuah akaun @revfaiz telah memuat naik 18 foto bersama wanita berusia 33 tahun itu dengan kapsyen romantis.

Ini antara caption yang ditulis:

“Terima kasih ya Allah kerana hadirkan mereka berdua dalam hidupku hingga aku dapat mengenal akan keagungan cinta Mu. Cinta awak berdua ini sumpah kerana Allah swt dan nak jaga sampai bila-bila,”

“Awak ni mcm Buku Novel lah.. bila bersama awak, buat saya tak sabar-sabar nak baca muka surat seterusnya..”

Rata-rata pengikut laman sosial mengucapkan tahniah kepada wanita yang juga usahawa kometik popular itu yang kini akhirnya sudah pun menemui teman pengganti.

Ramai netizen di luar sana yang berharap pasangan Joy revfa dan Faiz kali ini mampu memberi kebahagiaan buat dia dan anaknya. Selain itu ada juga mengatakan pasangan ini sama cantik dan juga sma padan.

Ini antara komen netizen:

“Kami semua doakan Joy dan bakal suami dipermudahkan segala urusan serta bahagia hingga ke jannah,”

Jom layan foto merek berdua yang secocok ini:

Nama Joy Revfa sebelum ini pernah menjadi perhatian orang ramai setelah perkahwinannya pada 1 Mei 2017 dengan penyanyi dan komposer terkenal tanah air iaitu Hafiz Hamidun didakwa tidak sah.

Konflik tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadap wanita itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober tahun sama.

Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here